Doa Untuk Zainul Faqar   Leave a comment

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وأصحابه أجمعين

اللهم إن كان نية زين الفخار نية حسنة، فاغفر له ورحمه واهده إلى صراطك المستقيم

اللهم إن كان ما فعله على قصد وعلم بأن ما فعله ليس على بينة صحيحة ولكن لغرض معين غير صالح، أرجو منك يا رب العالمين، رب المستضعفين، رب الداعين المظلومين أن تظهر قدرتك وكرامتك بأن تجعل من حوله يكرهه غاية الكره حتى فرت صاحبته الأقرب وصحابته المساندون له، الله أرني وأر الجميع أن تجعل لسانه علىة لا تتلكم ووجهه وجها شويها لفترة أفوضها إليك يا رب العالمين الناصر أنصار دينك يا الرب المنتقم

اللهم إنه وصل إلى حد غاية الظلم بالفتنة والإفك. اللهم إني لا أسألك هذا لغرض ظلمه عليّ لأنني سآخذ عليها يوم القيامة، ولكنني أرجو منك بواسلة أعمالي الصالحة الخالصة لوجهك الكريم أن تتقبل مني هذا الدعاء وهذه المناجات لتشويهه وجه أنصار دينك ولمليئه دخنا حول من يريد وجهك الكريم يا رب العالمين

اللهم آمين، اللهم آمين، اللهم آمين

Posted 24/05/2011 by elbalighah in Uncategorized

  5 comments

KULIAH MAGHRIB PADA 1 FEBRUARI 2011

BUKAN MUZAKARAH ATAU DEBAT

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Setelah menerima email, telefon dan pertanyaan demi pertanyaan tentang muzakarah pada 1 Feb, adakah berlaku atau tidak, saya rasa penting untuk saya coretkan artikel ini.

Suka untuk saya nyatakan di sini bahawa muzakarah tersebut tidak berlaku, tetapi apa yang berlaku ialah kuliah maghrib justeru Ustaz Wan Ji tidak memberikan respon sama ada bersetuju atau tidak, apatah lagi untuk hadir pada 1 Feb di Surau Al-Azhar.

Walaupun pada malam tersebut muzakarah tidak berlaku, tetapi beberapa saksi-saksi saya tetap hadir, sebagai persediaan kalau-kalau Ustaz Wan Ji muncul pada malam tersebut. Saya juga telah bersedia dengan rakaman-rakaman terdahulu takut-takut keadaan memerlukan. Oleh kerana pihak yang bertanggungjawab tidak muncul, maka muzakarah bertukar kepada kuliah maghrib di surau Al-Azhar pada malam tersebut.

Secara kesimpulan daripada apa yang berlaku, bahawa Ustaz Wan Ji lansung tidak bertanggungjawab terhadap statement yang ditulis. 4 Tuduhan yang dilemparkan bukan sahaja tidak dapat dibuktikan, bahkan tulisan kedua dan ketiga kadangkala menafikan tulisan pertama.

1.       Beliau membuat tuduhan bahawa saya punca beliau dituduh SB.

2.       Isu Azlan kononnya diperangkap.

3.       Forum Hijrah di surau Al-Azhar adalah perangkap.

4.       Tuduhan saya menggunakan blog hantu.

Kesemua tuduhan-tuduhan asal di atas akan diterima oleh pembaca blog beliau kalau saya tidak menjawabnya dalam tulisan balas saya. Tetapi setelah saya menulis balas, terbukti kepada pembaca bahawa beliau sama ada mentakwilkan, keliru antara bukti dan cerita atau menafikan tuduhan dalam tulisan pertama.

Pertama: Mentakwilkan:

Berkenaan tuduhan pertama, beliau telah mentakwilkan dalam artikel kedua dengan berkata: Jika dibaca balik dari article tulisan ana, apa yang dinyatakan, bukan bermaksud ana menuduh tuduhan Azlan sebagai SB itu datang dari ustaz Zaharuddin, tetapi tuduhan itu datang dari ustaz Nasir Zakaria, MP Padang Terap. Tetapi, ia dipercayai oleh Zaharuddin. Ana menggunakan ayat “dipercayai oleh ustaz Zaharuddin”, bukan “dipercayai dari Ustaz Zaharuddin”. Sudah pasti, dua makna yang berbeda.

Kedua: Keliru antara bukti dan cerita:

Yang banyak berlaku ialah ustaz Wan Ji keliru antara bukti dan cerita. Sebagai hak orang yang dituduh, saya telah meminta daripada beliau bukti tuduhan, tetapi apa yang diberikan dalam artikel kedua dan ketiga ialah cerita demi cerita yang mana sesiapapun boleh reka cerita. Tetapi setiap cerita mesti ada bukti yang terdiri daripada saksi yang thiqah, rakaman dan lain-lain. Sebab tu saya  minta Ustaz Wan Ji datang 1 Feb di surau Al-Azhar untuk bawa saksi beliau seperti Azlan dan lain-lain. Apa yang berlaku ialah bukti yang diminta, tetapi cerita yang diberi. Sepatutnya, menurut akhlak dan lunas Islam, apabila dakwaan negatif terhadap seseorang dibuat, sepatutnya ia mestilah dibuktikan dengan saksi dan lain-lain, bukan dikuatkan dengan cerita demi cerita, kerana cerita bukanlah bukti kerana sesiapa sahaja boleh bercerita dan mendakwa. Sabda nabi SAW:

لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لَادَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ وَأَمْوَالَهُمْ

Maksudnya: kalau diberikan hak mendakwa (tanpa saksi dan bukti), nescaya orang ramai akan mendakwa (dia mempunyai hak tuntutan) darah dan (hak tuntutan) harta. – (Hadis Riwayat Muslim).

Oleh itu, dalam melibatkan dakwaan, Islam meletakkan kaedah sebagaimana hadis:

البينة على من ادعى واليمين على من انكر

Maksudnya: bukti mesti dikemukakan oleh pendakwa, dan sumpah mesti dilafazkan oleh tertuduh yang menafikan tuduhan (sebagai bukti dia tidak bersalah selepas bukti diberikan oleh penuduh). – (Hadis riwayat Al-Baihaqi).

Ketiga: Menafikan tulisan pertama:

Sama ada sedar atau tidak, tulisan ketiga Ustaz Wan Ji membuktikan bahawa dakwaan beliau di dalam artikel pertama adalah bohong dan palsu. Dalam tulisan pertama ustaz Wan Ji menyebut: “Jika diikut kebiasaan pun, sebarang program forum yang dianjurkan, hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu. Dinyatakan tajuk forum, dan bersama dengan siapa akan berforum. Tetapi, kejadian ini amat memelikkan. Tanpa dimaklumkan tentang majlis forum, tajuk forum dan dengan siapa aku akan berforum, tiba-tiba berlaku majlis forum tersebut.”

Seterusnya ia dijadikan asas untuk menuduh saya perangkap beliau. Ustaz Wan Ji berkata: “Aku akur sahaja. Aku merasakan ada pakatan dalam mengadakan program pada malam itu. Dari sudut hati kecilku menjangkakan, pasti akan ada perkara yang tidak diingini berlaku selepas ini, ekoran program forum pada malam itu.”

Dalam tulisan ke-2 pula, beliau seolah-olah mengakui bahawa beliau dimaklumkan ada forum, cuma beliau tak sedar mesej yang dihantar. Cuba perhatikan tulisan beliau dalam artikel ke-2: Ana melihat SMS itu dalam keadaan yang sedang “mamai”, tetapi sekadar sedar.”

Dalam tulisan ke-3 jelas menafikan tulisan pertama. Perhatikan ayat dalam artikel ke 3: “Malahan, tiga atau empat hari sebelum hari forum terbabit, saya telah dihantar SmS oleh kawan Ustaz Zaharuddin yang merupakan orang yang memaklumkan forum pada malam itu tentang cadangan tajuk tentang debat antara saya dengan Ustaz Fathul Bari.”

Kesimpulan:

Akhir kalam, tulisan saya ini bukan bermaksud berniat dendam, tetapi sekadar membersihkan maruah dan diri saya daripada fitnah mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

Semoga Allah memberikan petunjuk kepada Ustaz Wan Ji. Saya sentiasa memberikan kemaafan kepada beliau dan sesiapa sahaja yang telah menfitnah saya sebelum ini, kecuali jika ia dilakukan dengan niat yang jahat, bukan kerana jahil atau silap maklumat.

والله أعلم بالصواب

Dalam tulisan ke-2 pula, beliau seolah-olah mengakui bahawa beliau dimaklumkan ada forum, cuma beliau tak sedar mesej yang dihantar. Cuba perhatikan tulisan beliau dalam artikel ke-2: “Ana melihat SMS itu dalam keadaan yang sedang “mamai”, tetapi sekadar sedar.”

Dalam tulisan ke-3 jelas menafikan tulisan pertama. Perhatikan ayat dalam artikel ke 3: “Malahan, tiga atau empat hari sebelum hari forum terbabit, saya telah dihantar SmS oleh kawan Ustaz Zaharuddin yang merupakan orang yang memaklumkan forum pada malam itu tentang cadangan tajuk tentang debat antara saya dengan Ustaz Fathul Bari.”

Kesimpulan:

Akhir kalam, tulisan saya ini bukan bermaksud berniat dendam, tetapi sekadar membersihkan maruah dan diri saya daripada fitnah mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

Semoga Allah memberikan petunjuk kepada Ustaz Wan Ji. Saya sentiasa memberikan kemaafan kepada beliau dan sesiapa sahaja yang telah menfitnah saya sebelum ini, kecuali jika ia dilakukan dengan niat yang jahat, bukan kerana jahil atau silap maklumat.

والله أعلم بالصواب

Posted 06/02/2011 by elbalighah in Uncategorized

  1 comment

ARTIKEL KE 3 USTAZ WAN  JI BUKTI PEMBOHONGAN: DI MANAKAH BUKTI 4 TUDUHAN LAIN?

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan, nabi Muhammad SAW. Pertamanya, saya beristighfar dan meminta ampun kepada Allah, jika saya tersilap cara menangani pertuduhan ini. Saya meminta kemaafan kepada sesiapa yang terpaksa dilibatkan dalam kes ini khususnya mereka-mereka yang sanggup membantu dengan bersedia menjadi saksi jika debat berlaku. Saya juga mendahulukan ucapan terima kasih kepada mereka.

Setelah membaca artikel Ustaz Wan Ji yang ketiga, saya terasa lebih lucu apabila mengaitkan 2010 dengan Doraemon. Tersilap taip 1 jadi 0, diulas panjang pula wal hal banyak kali saya sebut dalam artikel lepas hatta paling bawah sekali ialah 2011, bukan 2010. Kejahilan beliau tentang maksud Play self lebih utama kalau saya nak ulas panjang kerana maknanya yang ‘menggerunkan’. Tapi nak ulas panjang benda teknikal macam ni, nampak sangat tak gentleman dan tak ada modal terhadap topik asal, iaitu 4 tuduhan Ustaz Wan Ji. Saya peringkat awal, terfikir juga, kenapa ustaz Wan Ji kaitkan tersilap taip 2010 dengan isu kartun Doraemon. Saya tanya kawan saya dan kawan saya tanya anak dia apa itu Doraemon? Akhirnya baru saya faham. Teringatkan ustaz Wan Ji kata: lambat jawab sebab tak ada maklumat (walhal saya sibuk), ini membayangkan betapa fahamnya ustaz Wan Ji cerita Doraemon sehingga spontan dia boleh kaitkan Doraemon dengan silap taip 2010. Oleh kerana saya bukan Ustaz Doraemon, maka saya terpaksa tanya kawan dan kerana kawan saya juga bukan orang Doraemon, maka dia terpaksa tanya anak dia peminat Doraemon. Akhirnya baru saya faham. Susahnya! Tapi ustaz Doraemon (faham Doraemon) spontan je boleh kaitkan 2010 dengan Doraemon.😀. Lihat ayat Ustaz Wan Ji yang menunjukkan cepat jawab tanda ada maklumat: “jika ia benar-benar ada dalam maklumat dalam ustaz Zaharuddin, sudah pasti agak mudah dijawab”. Ustaz Wan Ji respond tentang silap taip 2010: “Ustaz Zaharuddin ajak debat pada febuari 2010. Mungkin Doremon akan membantu kita dengan menggunakan “mesin cahaya masa” untuk ke tarikh tersebut”. Hadam betul Ustaz Wan Ji kisah Doraemon.

ARTIKEL KE 3 BUKTI PENIPUAN BERLAKU DALAM ARTIKEL PERTAMA: Berbalik kepada topik asal, setelah saya teliti artikel ketiga beliau bukan sahaja masih tidak menjawab 4 tuduhan berat beliau, bahkan tulisan ketiga beliau sendiri seolah-olah mengiyakan bahawa beliau berbohong dalam tulisan beliau pertama. Perhatikan dalam artikel pertama beliau yang seolah-olah menunjukkan pihak surau lansung tidak memaklumkan kepada beliau tentang forum:

“Jika diikut kebiasaan pun, sebarang program forum yang dianjurkan, hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu. Dinyatakan tajuk forum, dan bersama dengan siapa akan berforum. Tetapi, kejadian ini amat memelikkan. Tanpa dimaklumkan tentang majlis forum, tajuk forum dan dengan siapa aku akan berforum, tiba-tiba berlaku majlis forum tersebut.”

Nistaan Ustaz Wan Ji terhadap surau ini dijadikan asas untuk menuduh saya perangkap beliau. Ustaz Wan Ji kata: “Aku akur sahaja. Aku merasakan ada pakatan dalam mengadakan program pada malam itu. Dari sudut hati kecilku menjangkakan, pasti akan ada perkara yang tidak diingini berlaku selepas ini, ekoran program forum pada malam itu.”

Dalam artikel ketiga, beliau mengiyakan pula bahawa pihak surau memaklumkan berlakunya forum. Perhatikan ayat dalam artikel ke 3:

“Malahan, tiga atau empat hari sebelum hari forum terbabit, saya telah dihantar SmS oleh kawan Ustaz Zaharuddin yang merupakan orang yang memaklumkan forum pada malam itu tentang cadangan tajuk tentang debat antara saya dengan Ustaz Fathul Bari.”

Mana satu yang betul mana satu bohong ni? Dalam artikel pertama kata tak dimaklumkan, dalam artikel ketiga kata “merupakan orang yang memaklumkan forum”. Bagaimana pula Ustaz Wan Ji nak berdalih dan takwil ayat tu selepas ini?

MANA BUKTI TERHADAP 4 TUDUHAN JAHAT? Sampai hari ini Ustaz Wan Ji masih belum memberikan penjelasan konkrit terhadap tuduhan-tuduhan palsu yang dibuat di dalam blognya. Yang Ustaz Wan Ji balas ialah cerita demi cerita walhal yang saya nak ialah bukti, bukan cerita demi cerita yang menambah tuduhan baru terhadap pelbagai orang termasuk kepimpinan PAS. Macamana nak tambah lagi cerita dan pertuduhan baru sedangkan beliau lansung tidak dapat mengemukakan hujah konkrit terhadap tuduhan-tuduhan jahat terhadap saya yang dicoretkan di dalam artikel pertama, iaitu:

  1. Beliau membuat tuduhan bahawa saya punca beliau dituduh SB.
  2. Isu Azlan kononnya diperangkap.
  3. Forum Hijrah di surau Al-Azhar adalah perangkap.
  4. Tuduhan saya menggunakan blog hantu.

Saya rasa tak perlu layan panjang cerita-cerita tidak berfakta Ustaz Wan Ji, kerana sesiapa yang membaca ketiga-tiga artikel beliau, jelas dapat menilai dan dapat kenal siapa sebenarnya ustaz Wan Ji dalam membuat pertuduhan:

Artikel pertama: (http://g-82.blogspot.com/2010/12/apa-yang-tak-kena-pada-zaharuddin.html)

Artikel kedua: (http://g-82.blogspot.com/2011/01/penjelasan-dan-nasihat-kepada-ustaz.html)

Artikel ketiga: (http://g-82.blogspot.com/2011/01/saya-telah-dipecat-pada-awal-januari.html)

KENAPA USTAZ WAN JI DIPECAT? Saya nampak ustaz Wan Ji masih bingung kenapa beliau dipecat.  Saya tak nak cerita panjang-panjang, buang masa, mengelirukan pembaca dan memberi peluang kepada musuh mengeruhkan keadaan dan lagi satu, memburukkan Ustaz Wan Ji sendiri. Yang saya nak ialah bukti seperti saksi yang berdepan. Bukan cerita demi cerita, tuduhan demi tuduhan, pusing-pusing cerita lagi dan tambah cerita lagi kerana sesiapa sahaja boleh mereka cipta cerita-cerita, menuduh dan mendakwa. Saya boleh kata, 100 orang telefon saya, pemimpin tertinggi beritahu saya. Tapi mana buktinya? Kalau setakat bercerita, menuduh tanpa bukti atau saksi, sesiapapun boleh lakukan dan ianya nescaya akan jadi huru hara. Sabda nabi SAW:

لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لَادَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ وَأَمْوَالَهُمْ

Maksudnya: kalau diberikan hak mendakwa (tanpa saksi dan bukti), nescaya orang ramai akan mendakwa (dia mempunyai hak tuntutan) darah dan (hak tuntutan) harta. – (Hadis Riwayat Muslim)

Oleh itu, dalam melibatkan dakwaan, Islam meletakkan kaedah sebagaimana hadis:

البينة على من ادعى واليمين على من انكر

Maksudnya: bukti mesti dikemukakan oleh pendakwa, dan sumpah mesti dilafazkan oleh tertuduh yang menafikan tuduhan (sebagai bukti dia tidak bersalah selepas bukti diberikan oleh penuduh). – (Hadis riwayat Al-Baihaqi).

Jadi, ana malas nak panjangkan atau tambah cerita kerana ia boleh mengelirukan pembaca dan buang masa nak jatuhkan UMNO-APCO. Yang saya tuntut ialah hak saya iaitu bukti terhadap nistaan beliau tentang 4 perkara di atas, bukan cerita demi cerita demi cerita dan cerita lagi dan lagi dan lagi. Selesaikan cerita pertama dulu (iaitu 4 tuduhan di atas), bawa dalil, bukti dan saksi pada 1 February 2011 ini.

Saya dah minta tolong mereka-mereka yang terlibat seperti Abang Abrar, Haji Ali Taman Hussein Onn dan lain-lain datang ke majlis Debat/Muzakarah, biar mereka cerita sendiri apakah sebab sebenar Ustaz Wan Ji dipecat atau kenapa beliau tidak lagi disukai oleh Jemaah surau. Al-hamdulillah, setakat ini mereka bersedia. Kalau ustaz Wan Ji tak percaya, telefon dan tanya sendiri diorang sekarang. Saya bukan hanya bercerita, saya akan buktikan dengan mengemukakan saksi-saksi pada 1 February nanti. Kalau tak ada bukti dan saksi lebih baik senyap kerana terus bercerita dan bercerita hal-hal keburukan tanpa saksi dan bukti, ia disifatkan bohong oleh nabi saw sebagaimana sabdanya yang bermaksud: cukuplah seseorang melakukan pendustaan (paling minimum) dengan menceritakan semua perkara yang didengari (tanpa diperiksa).

Termasuk yang akan datang sebagai saksi ialah  beberapa orang yang diburukkan dalam blog Ustaz Wan Ji berkaitan isu ini seperti Ustaz Ridhuan, Ustaz Nasir dan lain-lain yang terlibat. Saya dah telefon dan confirmkan kehadhiran diorang.  Saya harap ustaz Wan Ji ajak sekali seperti Azlan dan lain-lain saksi ustaz Wan Ji malam debat tu, I’allah, saya juga akan pasang balik rakaman bagi membuktikan siapa sebenarnya perawi Ustaz Wan Ji. Ustaz Wan Ji boleh ajak orang yang ustaz Wan Ji sebut ‘pemimpin PAS Kawasan’ dan lain-lain. Yang saya nak ialah bukti, bukan cerita demi cerita. Jadi, Ustaz Wan Ji bawa semua mereka di surau Al-Azhar pada 1 February 2011 nanti atau mana-mana tempat nak debat. Ana nak tanya diorang betulkah dia cerita macam tu kat Ustaz Wan Ji dan kalau betul mana dia ambil berita-berita yang diceritakan itu.

Sekali lagi saya ulang, apa yang saya mahukan daripada debat itu ialah hak saya selepas difitnah oleh ustaz Wan Ji dalam artikel beliau pertama. Hak orang yang dituduh dan difitnah ialah meminta bukti, bukan cerita demi cerita kerana ia bukan bukti. Tanggungjawab orang  yang menuduh ialah mengemukakan bukti. Sebab itu, saya menuntut hak saya daripada Ustaz Wan Ji iaitu bukti dan saksi-saksi dan saya sanggup mengemukakan saksi-saksi dan bukti-bukti untuk menafikan tuduhan tersebut.

Walau apapun istilah, yang pasti saya mahu hak saya melalui debat/muzakarah tersebut, iaitu bukti daripada Ustaz Wan Ji terhadap 4 dakwaan dan tuduhan berat di atas.

Saya masih menunggu Ustaz Wan Ji pada 1 February  2011 di surau Al-Azhar.

Azharudin Mat Said.

https://elhujjatulbalighah.wordpress.com/

* Insya Allah, saya akan sambung artikel ini berkenaan Isu Zonn yang diistinbat daripada ayat 12 surah Al-Hujurat  dan juga hadis Hasan Lighairih.

Posted 20/01/2011 by elbalighah in Uncategorized

  3 comments

Saya menunggu Ustaz Wan Ji malam 1 February 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan, Muhammad SAW.

Pertamanya, sebagai penjelasan kepada Ustaz Wan Ji yang menimbulkan keraguan tentang kenapa saya membalas tulisan beliau hanya selepas 4 hari? Jawapannya ialah ada 3 sebab.

(1) Saya sibuk dengan pelajaran, kerja kerja-kerja dakwah dan jemaah untuk tegakkan Islam di bumi Malaysia ini. Sememangnya tulisan yang bersifat bohong dan fitnah tersebut mengganggu konsentrasi kerja dakwah lain yang banyak nak dibuat, selain tanggungjawab harian sebagai seorang suami, bapa dan pekerja kepada majikan. Selepas mendapat pandangan daripada beberapa orang sahabat yang mana cercaan tidak bertanggungjawab tersebut memberikan kesan kepada jemaah serta usaha menegakkan Islam di Malaysia. (2) Sememangnya saya tidak membuat tulisan semberono tanpa menilai dan mengkaji kesan, kesahihan fakta dan lain-lain. Termasuk juga saya akan menghubungi mereka-mereka yang terlibat sama ada mereka bersedia untuk jadi saksi atau tidak? Bukan main tulis ikut suka sahaja. (3) Jawapan yang diberikan oleh nabi kepada pertanyaan orang musyrikin jauh lebih lama daripada saya jawab tulisan Ustaz Wan Ji sebagaimana kisah turunnya ayat surah Ad-Dhuha dan ayat 23 Surah Al-Kahfi. Yang penting, orang kafir cuba cari poin kelemahan nabi sebab tak jawab sepontan, sehingga nabi diejek: “wahai Muhammad, tuhan kamu dah pergi, dia dah lupakan kamu dan lain-lain ejekan.” Pengajaran menarik peristiwa ini yang ada sangkutan dengan isu ustaz Wan Ji ialah, orang beriman dia tak jawab ikut suka hati sekalipun tak tahu. Itu sebab makan masa lama untuk nabi jawab, justeru tunggu turun wahyu. Dalam realiti saya, saya cari nas dan fakta dulu, bukan main pakai jawab je. Saya tidak bermaksud saya macam nabi, tapi saya cuba tiru sunnah dalam menjawab isu dan tohmahan. Turun ayat tentang Aisyah tidak bersalah lagi lama berbanding tarikh fitnah jahat terhadap Aisyah yang dibuat oleh Munafik. Tuntasnya, orang beriman dia jawab isu bukan ikut selera hati, tapi ikut panduan nas. Kalau tak jumpa nas, baik diam kerana pada masa itu “silent is golden”.

Berbalik kepada isu asal, setelah meneliti balik jawapan yang diberikan oleh Ustaz Wan Ji dalam blog beliau, saya dapati semua point penting yang melibatkan tuduhan terhadap saya dijawab oleh beliau secara ‘lari-lari’, takwil mentakwil dan membangkitkan isu-isu yang tidak berkaitan. Selepas saya membuat penjelasan, tuduhan beliau terhadap saya di dalam artikel pertama dilihat tidak lagi konsisten di dalam tulisan beliau yang kedua. Memang jawapan penjelasan balik beliau banyak melucukan sehingga berlaku takwil mentakwil seperti makna gigi kuning dan gigi kekuningan. Lucu betul. Untuk makluman ustaz Wan ji, wazan tasowwama atau tafa’ala melebihi 5 makna. Ustaz Wan ji ambil makna yang rasa sesuai dengan selera ustaz Wan Ji sedangkan pembaca faham berdasarkan apa yang ditulis, bukan apa yang diniatkan oleh penulis. Saya rasa tak perlu jelas panjang isu saraf ni. Pening pembaca nanti. Yang penting, memang ustaz Wan Ji mengelak untuk tidak bertanggungjawab atas tuduhan beliau dalam artikel pertama.

Keenam-enam isu tuduhan yang dilemparkan dalam artikel pertama sebagaimana dibawah secara jelas menunjukkan beliau membuat pertuduhan bohong dan palsu:

1. Beliau membuat tuduhan bahawa saya punca beliau dituduh SB. Dalam artikel pertama beliau menyebut: “Tuduhan sebagai SB yang dilakukan oleh Nasir itu, dipercayai oleh Zaharuddin Muhammad yang merupakan menantu presiden PAS.” – Manakala dalam artikel kedua mentakwil maksud ayat artikel pertama dengan menyebut: “dipercayai oleh ustaz Zaharuddin”, bukan “dipercayai dari Ustaz Zaharuddin. Sudah pasti, dua makna yang berbeda”. Pembaca semua dapat tengok macamana ustaz Wan Ji menyelamatkan diri dengan takwilan yang melucukan selepas tidak dapat mengemukakan bukti dan saksi.

2. Isu Azlan kononnya diperangkap – Sampai last U Wan Ji tak boleh sebut bukti dan saksi yang kata Pas Kawasan Subang perangkap azlan dan siasatan ‘ala ganster’melainkan hanya satu saksi je, iaitu Azlan sedangkan saya boleh kemukakan lebih daripada 10 saksi termasuk rakaman. Cara Ustaz Wan Ji kemukakan Fakta dan hujah agak lucu, iaitu percaya kepada Azlan kerana berkawan semenjak kecil dan paling melucukan ialah apabila beliau guna hujah ‘kasyaf’. Lihat ayat Ustaz Wan Ji yang melucukan: Kami bersekolah rendah di sekolah yang sama. Jadi, sebarang perkataan Azlan ini, ana agak dapat memahami mana yang boleh dipercayai dan mana yang tidak boleh dipercayai berdasarkan gagap dan cara menjawab soalan apabila ditanya.” Jadi konon-kononnya, bila Azlan cerita tanpa gagap, kira tak tipu la tu. Bukan setakat mahkamah Islam confirm tak terima alasan ‘kasyaf’ yang Ustaz Wan Ji anggap sebagai Qarinah (tanda), bahkan mahkamah konvensional pun tak terima. Tak tahulah ustaz Wan Ji ni pakai undang-undang mahkamah mana untuk buat pertuduhan.

Kemudian beliau kata kesian kat Abang Ibrahim kena fitnah dan tahu kesungguhan abang Ibrahim, tapi yang ustaz Wan Ji percaya cerita Azlan tu macamana pulak? Bab fitnah Abang Ibrahim tak percaya, bab PAS Subang siasat ala gangster percaya pulak. Wal hal kedua-dua cerita tu di bawa oleh Azlan. Kalau tidak kerana manjaga kepentingan Azlan sendiri atau menjaga maruah beberapa individu yang lain, nescaya saya dah upload rakaman perbincangan malam tersebut supaya umum boleh menilai sama ada Ustaz Wan Ji ni betul atau hanya seorang pembohong dan pendusta yang hanya mengutip maklumat di ‘kedai kopi’.

Satu lagi, Ustaz Wan Ji ni banyak sangat salah fakta. Antaranya beliau menyebut: “iaitu dia telah memerangkap Azlan agar datang ke pejabat PAS kawasan, lalu dirampas handphone“ Perbincangan dengan Azlan tu berlaku bukan di Markaz PAS Kawasan, tapi di Pasti Little Mukmin, Kota Damansara. PAS Kawasan Subang mana ada pejabat. Ustaz Wan Ji ni, nama je tinggal di Subang, mengaku ahli PAS, cerita berdegar-degar ke sana sini hal Subang konon-konon dia ambil tahu dan sangat ambil berat hal Subang, wal hal hakikat PAS Subang pun tak tahu. Macamana orang nak percaya dakwaan macam-macam dari Ustaz Wan Ji perihal PAS Subang, fakta basic hakikat PAS Subang pun tak tahu dan banyak yang salah.

Lagi melucukan ialah, beliau komen fasal Azwandi yang bagitahu Azlan, PAS Kawasan tak hantar surat kat Azlan dan macam-macam. Ana rasa, Ustaz Wan Ji kena belajar procedure kerja kawasan dulu baru komen benda ni. Kalau tak, memalukan diri sendiri komen benda yang kita tak tahu. Takut nanti, Ustaz Wan Ji komen pulak yang PAS kawasan tak minta waran mahkamah dulu sebelum siasat Azlan, lagi pembaca gelak dan lagilah nampak Ustaz Wan Ji ni jahil procedure. Lagi satu dia sebut semoga PAS Kawasan Subang tidak dikenakan tindakan disiplin sebab dedah keputusan mesyuarat dewan Harian, macam YB Khalid Samad. Haru betul pemahaman Wan Ji. Nak layan balas, rasa ‘kekuning-kuningan’ pulak pi layan orang yang tak reti etika kerja parti ni. Tak reti beza mana yang boleh dedah mana yang tak boleh dedah. Ana cadang Ustaz Wan Ji masuk kursus AKP dulu, baru boleh komen pasal PAS ni. Takut nanti, macam orang bodoh pergi komen ‘polis trafik tak masuk office kerana sibuk habiskan masa jaga lalulintas”.

3. Forum Hijrah di surau Al-Azhar adalah perangkap – dalam artikel pertama Wan Ji ada sebut: Aku akur sahaja. Aku merasakan ada pakatan dalam mengadakan program pada malam itu. Dari sudut hati kecilku menjangkakan, pasti akan ada perkara yang tidak diingini berlaku selepas ini, ekoran program forum pada malam itu.” Seterusnya beliau menyebut dalam artikel kedua: “mengapa ana tidak dimaklumkan langsung bahawa forum pada malam itu adalah bersama Ustaz Zaharuddin Muhammad, menantu presiden PAS”. Dalam artikel kedua macam dah menafikan dakwaan beliau diperangkap dengan forum. Antaranya beliau cuba cover line dengan berkata: ketika ana sedang Qailulah [tidur tengahari selepas solat Zuhur]. Ana melihat SMS itu dalam keadaan yang sedang “mamai”, tetapi sekadar sedar, ana membalas SMS itu dengan menyatakan “insya Allah, ana akan hadir untuk menyampaikan kuliah tafsir” Hairannya, panjang pula orang ‘mamai’ balas mesej. Lepas tu mesej tu dah delete. Tak gentleman lansung.

Kemudian lebih melucukan beliau sebut: Ini adalah ungkapan hati kecil ana semasa ana melihat wajah Ustaz Zaharuddin di belakang. Mungkin ungkapan dalam hati juga dikira sebagai salah?” Lucu betul Ustaz Wan Ji berhujah, kononnya yang dia tulis tu masih dikira benda dalam hati. Saya rasa tak perlu jawab. Bodoh rasanya kalau layan dan jawab hujah dangkal ni.

Ada saksi lain yang kata Ustaz Wan Ji dimaklumkan lebih awal. Jumpa di surau Al-Azhar lepas maghrib, 1 Februari. Saksi tu nak argue Ustaz Wan Ji yang sekarang meraka anggap sebagai pembohong besar.

4. Tuduhan menggunakan blog hantu – Daripada jawapan ustaz Wan Ji, memang tuduhan beliau dalam artikel pertama tidak berasas kerana penjelasan dalam artikel kedua menunjukkan asas tuduhan itu hanyalah kerana ada orang komen benda yang kononya hanya dia beritahu kepada saya. Untuk maklumat ustaz Wan Ji, saya ni, bukan orang jenis buang masa layan baca blog tak berfakta dan based on ‘rasa’ dan ‘hear say’. Apa lagi nak bagi komen-komen sebagaimana wasangka Ustaz Wan Ji. Inipun saya terpaksa buang masa layan kerenah Ustaz Wan Ji justeru terpaksa bersihkan najis-najis fitnah beliau. Tahu Ustaz Wan Ji fitnah sayapun sebab kawan yang bagitahu.

Saya tak tahu, mana satu kelemahan yang beliau maksudkan bagitahu kepada saya. Kalau ustaz Wan Ji maksudkan “pencuriannya” terhadap artikel saya tentang MLM yang di upload dalam blog beliau satu masa dahulu, isu tu semua ahli MPPH tahu. Bukan secret.

Kalau isu sms Ustaz Wan Ji tunjuk samseng nak ‘pecahkan kepala’ orang Subang, sms tu memang U Wan Ji hantar semasa kami semua yang nak ‘dipecahkan kepala’ duduk bersama-sama, bukan secret. Jumpa kat Al-Azhar, ana bawak semua kawan-kawan yang Ustaz Wan Ji nak pecahkan kepala tu, supaya Ustaz Wan Ji tahu mereka baca mesej tu dari mana.

5. Cabaran Debat Jika rasa tak selamat di surau Al-Azhar – U Wan Ji kata: Dan ana cadangkan, ia tidak berlaku di khalayak yang orang tidak ketahui cerita sebenar, tetapi dilakukan di khalayak yang sesuai dengan tempatnya, seperti di Universiti atau di dewan China”. Kemudian beliau sebut: “Ana yakin, jika diiklankan, pasti akan ramai yang hadir terutama pelajar Universiti, kerana mereka keliru dalam hal ini”. Nampak sangat takut dan dolak daliknya. Mulanya cakap tak nak libatkan orang yang tak tahu cerita sebenar, tapi kemudiannya ajak bincang kat university atau Dewan Cina, kemudian sebut: “pasti akan ramai yang hadir terutama pelajar Universiti”. Bukan ke pening tu, awalnya tak nak libatkan orang yang tak tahu, tapi lastly nak buat di hadapan student yang hakikatnya tak tahupun isu di surau Al-azhar ni. Sepatutnya kalau macam tu, buat depan orang surau Al-Azhar yang terlibat secara lansung dengan isu ini. Baru kena dengan tujuan yang Ustaz Wan Ji sebut. Lagi pula, mana ada orang surau Al-Azhar “tidak berkeahlian” sebagaimana tohmahan ustaz Wan Ji? Diorang lebih layak dan jauh lebih berkeahlian berbanding Ustaz Wan ji sendiri, khususnya dari sudut akhlak dan kejujuran. Ramai jemaah surau tu ada MA, yang ada Phd pun ada. Tapi Ustaz Wan Ji, MA pun sekerat jalan dan seterusnya pandai-pandai memandang rendah jemaah surau tersebut dengan berkata: ‘ia akan lahir sesiatu perbincangan yang didengari orang yang tidak berkeahlian.” Ni semua ayat ‘perlepas’, ayat ‘koner’ baring ni.

6. Jangan jadi pengecut – cabaran saya jangan jadi pengecut, langung tak ada komen.

Lain-lain isu saya rasa tak perlu layan, sebab semuanya tidak berasas dan lebih kepada rasa dan dengar dari sumber “kedai kopi” lebih-lebih lagi isu yang tak ada kena mengena lansung dengan isu tuduhan beliau seperti isu Paderi, tangkap khalwat dan lain-lain. Sebahagiannya benar dan sebahagiannya salah. Untuk makluman Ustaz Wan Ji, beliau tidak tahu yang sebenarnya beliau tidak ikut habis perkembangan yang berlaku sebab kawan-kawan tidak mahu ajak beliau justeru bila ajak, tak sempat selesai lagi, belum tahu hujung pangkal lagi, dia dah mula cerita dalam blog dia. Blog, blog blog. Belum apa-apa dah blog.

Berkenaan isu seakan-akan saya menghukum beliau sebagai Munafiq, Fasiq dan sebagainya, itu adalah tidak benar sama sekali. Saya hanya menggariskan sifat-sifat sebagaimana yang digariskan oleh Al-Quran dan Hadis. Sebagaimana nabi berpesan kepada sahabat tentang sifat munafik, sifat kufur dan lain-lain, bukan bermakna nabi tuduh sahabat munafik atau kufur, tapi nabi pesan supaya sahabat-sahbat menghindari sifat tersebut. Alhamdulilah, para sahabat menghindari sifat tersebut, kecuali orang munafik seperti Abdullah bin Ubai dan lain-lain. Sebagai contoh Nabi bersabda:

أَرْبَع مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَلَّةٌ مِنْهُنَّ كَانَ فِيهِ خَلَّة مِنْ نِفَاق حَتَّى يَدَعَهَا : إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ ، وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ

Maksudnya: Empat sifat yang sesiapa memilikinya maka ia adalah munafik yang tulen. Barangsiapa ada satu daripada empat sifat tersebut, maka dia telah memiliki satu gugus daripada gugusan munafik sehingga beliau meninggalkan sifat tersebut (kalau artikel, tarik balik). (Empat sifat tersebut ialah) apabila bercakap ia berdusta, apabila membuat ikatan perjanjian, ia melanggarnya, apabila ia berjanji ia mungkir dan apabila ia berdebat ia berbohong. – (Hadis riwayat muslim).

Sekalipun nabi tidak mengambil tindakan kepada Abdullah bin Ubai di atas kemunafikannya, tetapi nabi tidak pernah menegur para sahabat yang menggelar Abdullah bin Ubai sebagai munafik. Ini kerana gelaran munafik yang digelarkan oleh para sahabat kepada Abdullah bin Ubai berasaskan sifatnya yang zahir, iaitu suka menfitnah dan mengejek-ngejek nabi dan orang yang beriman. Sebab tu saya nasihatkan ustaz Wan Ji ubah gaya beliau dalam blog beliau supaya lebih berfakta dan bukan berasaskan kepada pembohongan dan pendakwaan berdasarkan maklumat yang sempit bersumberkan kedai kopi kerana sifat-sifat itu ialah sifat pendusta, munafik, Yahudi dan mereka yang kufur kepada Allah swt. Kalau tinggalkan sifat tu, selamat. Kalau tak, takut terkena sifat-sifat yang disebutkan.

Oleh itu, sekali lagi saya menasihatkan Ustaz Wan Ji supaya berubah, khususnya tidak menghukum dan menuduh seseorang dengan menggunakan blog tanpa asas dan maklumat yang kukuh menurut perspektif fiqh. Kalau beliau meneruskan sifat tersebut, maka Ustaz Wan Ji jangan marah jika orang menuduh beliau munafik kerana mereka hanya berhukum dengan zahir perbuatan Ustaz Wan Ji yang menunjukkan beliau bersifat dengan sifat-sifat tersebut iaitu menuduh semberono seperti kes tuduhan terhadap saya.

Lemparan munafik dan sebagainya tidak dibenarkan oleh Hadis yang dinukilkan oleh Ustaz Wan Ji dilakukan terhadap orang yang soleh, macam Dr. Harun Din yang digelar oleh Ustaz Wan Ji sebagai ulama’ kepala lutut’. Sabda nabi SAW sebelum hadis nukilan Ustaz Wan Ji: “dan melaknat orang yang beriman sama seperti membunuhnya”. – (Riwayat Bukhari).  Ibnu Battal menerangkan maksud hadis yang dinukilkan oleh Ustaz Wan Ji bahawa: ‘barangsiapa melempar kepada orang mukmin dengan kekufuran, maka ia sama seperti membunuhnya” iaitu (tuduhan itu dilemparkan terhadap) golongan mukmin yang tidak melakukan dosa besar atau melakukan perkara yang dilarang oleh Allah swt. Apa dosa besar Dr Harun Din yang mengharuskan Ustaz Wan Ji melabelkan beliau sebagai ulama kepala lutut? Ringkasnya, tuduhan dan pembohongan yang dibuat oleh Ustaz Wan Ji terhadap saya, Dr. Harun dan pimpinan PAS adalah pembohongan tidak berasas dan ia termasuk dosa besar yang berkait dengan fitnah. Kalau ustaz Wan Ji nak buktikan ia bukan fitnah, jom kita berjumpa di Surau Al-Azhar pada 1 Februari nanti, lepas maghrib. Jika tak datang untuk bersemuka, bermakna isu yang ditimbulkan oleh Ustaz Wan Ji adalah fitnah jahat justeru berani menuduh, tetapi dayus di dalam membuktikan. Ini juga bermaksud, kalau Ustaz Wan Ji tidak insaf dan tarik balik tuduhan-tuduhan yang secara pasti tidak berasas, beliau tidak termasuk di dalam golongan yang tidak boleh digelarkan dengan gelaran seperti ‘munafik’ dan lain-lain.

Lagi satu, saya dianggap bersalah oleh Ustaz Wan Ji kerana mempertahankan ustaz Ridhuan dan beberapa sahabat yang lain. Ini satu lagi tuduhan karut. Ustaz Wan Ji kena tahu dulu, keputusan Ustaz Ridhuan jadi calon adalah hasil majority undian di dalam Mesyuarat Kawasan yang dihadiri oleh AJK Kawasan dan perwakilan-perwakilan cawangan. Takkan saya nak terima pakai komentar ‘kedai kopi’ macam ustaz Wan Ji untuk membatalkan keputusan mesyuarat. Isu ustaz Ridhuan tak turun masa kematian tu sebab dia terpaksa hantar isterinya yang sakit ke kampung mertua dia. Tapi masa tu dia bukan calon DUN Paya Jaras. Beliau menuduh lagi dengan katanya: Sebagai contoh, semasa ustaz Ridhuan ismail telah dicalonkan oleh PAS Kawasan, ustaz Ridhuan telah berjanji untuk hadir untuk hadir satu majlis kematian di Bandar baru Sungai Buloh, tetapi sehingga pengkebumian pun, ustaz Ridhuan tidak hadir.” Satu lagi Ustaz Wan Ji buat karut. Mana ada ustaz Ridhuan jadi calon masa tu? Hakikatnya, pukul 12 malam PAS kawasan putuskan Ustaz Ridhuan jadi calon, esok hari pagi-pagi lagi iaitu pukul 10 pagi perhubungan negeri dah tukar dengan orang lain. Keputusan Ustaz Ridhuan jadi calon hanya dalam masa tak sampai 12 jam. Saya tahulah saya pemangku YDP masa tu. Ustaz Wan Ji tak tahu apa-apa tentang hal calon Subang ni, kalau ada maklumat pun, hanya maklumat ‘kedai kopi’.

Yang Ustaz Wan Ji tak sedar, saya juga banyak kali dipersalahkan kerana mempertahankan beliau. Contohnya permintaan daripada ahli MPPH untuk pecat beliau kerana menjadi punca huru hara pertemuan tertutup saya dengan Ustaz Zaharudin Abdul Rahman berkenaan artikel MLM. MPPH rancang Draf paper MPPH dihantar kepada Ustaz Zaharudin Abdul Rahman sebelum pertemuan bagi tujuan kenyataan bersama supaya masyarakat tidak pening. Saya dah telefon beliau menyatakan untuk berbincang secara tertutup tentang isu MLM di Pucong. Tup-tup, ustaz Wan Ji pergi up-load kertas tu kat blog dia, sedangkan keputusan MPPH adalah untuk tidak menyentuh ego seseorang dengan menegur mereka secara terbuka dalam blog. Kesan daripada itu, tujuan pertemuan gagal dan hasil kegagalan itu, hampir semua ahli MPPH minta ustaz Wan Ji dipecat. Tapi saya yang mempertahankan beliau atas alasan mungkin beliau tidak sengaja khususnya setelah beliau menarik balik artikel tersebut daripada blog beliau apabila saya minta beliau berbuat demikian.

Ringkasnya, fakta dan tohmahan Ustaz Wan Ji adalah tidak berasas dan saya menjawab sekadar membersihkan diri saya daripada kekotoran fitnah dan nista tersebut. Apabila melihat semua pembaca memahami situasi sebenar daripada artikel jawapan saya yang lepas, saya rasa saya tidak perlu panjangkan kerana misi saya menulis balas bukan untuk menjatuhkan ustaz Wan Ji, atau membongkar kelemahannya, tetapi sekadar العمل بالمثل, iaitu membalas balik sekadar kemudaratan fitnah kosong yang telah dibuatnya ke atas diri saya.

Saya rasa saya tak perlu layan panjang kerenah ‘bohong’ atau tuduhan fitnah beliau tanpa saksi dan bukti yang kukuh. InsyaAllah, saya akan sambung artikel ini tentang satu poin kesilapan besar Ustaz Wan Ji dalam interpretasi (tafsiran) beliau berkenaan ayat Zonn.

Walau bagaimanapun, saya masih menunggu jawapan Ustaz Wan Ji untuk bermuzakarah di surau Al-Azhar pada 1 February 2011, selepas Maghrib, iaitu ‘Muzakarah’ isu tuduhan terhadap saya dan “apakah orang surau Azhar tak boleh mengkritik’ instead of ‘apakah pemimpin PAS tak boleh dikritik’. Justeru yang ‘pecat’ beliau daripada surau bukan Dr. Harun Din, bukan saya dan bukan pimpinan PAS tetapi hasil mesyurat AJK surau. Itupun bukan kerana Ustaz Wan Ji kritik pemimpin PAS, tapi isu ‘mulut celupar’ beliau yang menuduh Dr. Harun Din ulama kepala lutut dan ‘mulut celupar’ beliau menuduh surau tak maklum ada forum. Ya, isu sikap Ustaz Wan Ji, bukan isu pemimpin PAS tak boleh terima teguran. Sikap Ustaz Wan Ji dilihat seolah-oleh dia lebih mulia daripada nabi Musa A.S. dan Dr. Harun Din serta pemimpin-pemimpin PAS lebih hina daripada Firaun, justeru sehina-hina Firaun dan semulia-mulia nabi Musa pun diperintah supaya menegur Firaun dengan cara yang lembut. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lembut, semoga ia beringat atau takut” – (Toha: 43-44). Allah tak suruh nabi Musa pergi jumpa dan kata kat Firaun ‘pemimpin kepala lutut’.

Adapun tajuk gabungan antara PAS dan UMNO, saya rasa tak relevan justeru mana saya setuju PAS bergabung dengan UMNO? Kalau Ustaz Wan Ji kata saya setuju PAS bergabung dengan UMNO, datangkan bukti dan saksi. Jangan main pakai tuduh je. Kaedah ada menyebut: لا ينسب إلى الساكت قول. Maksudnya: tidak boleh disandarkan kata-kata kepada orang yang tidak menyebutnya. Justeru, bila saya kata ‘saya tidak bersetuju PAS bergabung dengan UMNO’, apasal Ustaz wan Ji gatal-gatal nak tuduh saya ‘pro gabung PAS-UMNO”?  Takkan Ustaz Wan Ji guna hujah ‘kasyaf’ lagi, sehingga dia lebih tahu daripada saya sebagai tuan punya diri. Memang melucukan.

Kepada semua pembaca, harap baca tulisan balas saya dengan intonasi lembut justeru saya menulis artikel ini bukan dengan muka merah padam tetapi dalam keadaan tergelak-gelak kecil dan tersenyum apabila mengingatkan hujah Ustaz Wan Ji yang melucukan.😀.

SAYA TUNGGU USTAZ WAN JI DI SURAU AL-AZHAR PADA 1 FEBRUARI 2011, SELEPAS MAGHRIB.

والله شهيد على ما أقول

Posted 12/01/2011 by elbalighah in Uncategorized

  Leave a comment

Penjelasan dan Nasihat Terbuka Kepada Ustaz Wan Ji

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan, Muhammad SAW. Pertamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang memberikan ruang blog mereka untuk saya memberikan penjelasan terhadap tuduhan Ustaz Wan Ji dalam artikel beliau http://g-82.blogspot.com/2010/12/apa-yang-tak-kena-pada-zaharuddin.html . Saya hairan, kenapa selepas diskusi buku ‘Menuju PAS Baru’ di Chinese Assembly Hall, saya cuba diserang secara peribadi melalui blog terbuka.

Kali ini tohmahan yang dilemparkan oleh Ustaz Wan Ji Wan Husin tanpa asas dan bukti yang kuat, disertai dengan cabaran yang sombong dan angkuh. Sebelum saya menyatakan kesediaan saya menyahut cabaran tersebut, suka untuk saya berikan penjelasan terhadapan tohmahan kosong yang tidak berasas yang telah dicoretkan oleh beliau.

1. Beliau membuat tuduhan bahawa saya punca beliau dituduh SB. Beliau berkata: Tuduhan sebagai SB yang dilakukan oleh Nasir itu, dipercayai oleh Zaharuddin Muhammad. Setakat perkataan ‘dipercayai’ masih tidak konkrit untuk menuduh saya sebagai punca tuduhan tersebut. Setakat “dipercayai”, kemudian menyebarkan dalam blog dianggap menyebarkan perkara dusta. Sabda nabi SAW bermaksud: cukuplah seseorang melakukan pendustaan (paling minimum) dengan menceritakan semua perkara yang didengari (tanpa diperiksa). saya mengalukan kedatangan saksi yang menyatakan saya adalah punca beliau dituduh SB di dalam Muzakarah akan datang untuk saya kenal pasti siapa dalang pembawa cerita-cerita bohong seperti ini.

2. Isu Azlan kononnya diperangkap: Dakwaan seperti Azlan di soal macam siasatan polis, HP beliau dirampas adalah tidak benar sama sekali. Ustaz Wan Ji perlu mendengar kedua belah pihak sebelum membuat justifikasi. Apa yang difahami daripada tulisan beliau, justifikasi negatif tentang perangkap tersebut hasil daripada cerita Azlan seorang sahaja. Pernahkah Ustaz Wan Ji mendengar cerita daripada kedua-dua belah pihak, terutamanya daripada pihak PAS Kawasan Subang sendiri? Pernahkan Ustaz Wan Ji mendengar rakaman tuduhan Azlan terhadap Abang Ibrahim, Pengurus MTD yang dituduh melesapkan duit peruntukan kerajaan Selangor sebanyak puluhan ribu. Pada waktu itu, saya selaku Pemangku YDP kawasan sememangnya perlu mengambil tanggungjawab di atas tuduhan berat tersebut. Siapa nak siasat kalau tak Kawasan Subang? Takkan nak pecat Abang Ibrahim hanya dengan tuduhan Azlan seorang? Salahkan PAS kawasan Subang menyiasat dengan memanggil Azlan sendiri justeru beliau adalah pendakwa? Jika penyelewengan benar-benar berlaku maka Abang Ibrahim perlu dipecat, jika tidak beliau perlu dibela dan dibersihkan nama, bukan pembersihan nama beliau sahaja, tetapi nama PAS Kawasan Subang sendiri.

Justeru itu, langkah pertama yang telah diambil oleh PAS Kawasan Subang, ialah ‘merehatkan’ Abang Ibrahim sehingga siasatan kes ini selesai. Pihak kawasan telah melantik 4 orang juru audit yang independent, diketui oleh Haji Misni, Abang Zul, Abang  Nik dan beberapa orang yang lain (waktu itu mereka tidak lagi terlibat dalam kawasan Subang). Saya menyerahkan seratus peratus urusan audit tersebut kepada mereka. Selepas mengambil masa hampir sebulan bertungkus lumus, akhirnya audit selesai dilakukan. Bermula dengan pemeriksaan semua akaun peribadi Abang Ibrahim sehinggalah kepada wang keluar di pejabat Daerah dan lain-lain. Keputusannya sungguh mengejutkan, Abang Ibrahim bukan sahaja di dapati tidak melesapkan wang tersebut, bahkan beliau telah menggunakan wang peribadi beliau sekitar RM11,000 bagi membayar tuntutan masyarakat memadangkan wang peruntukan negeri belum diturunkan ke MTD-MTD. Beliau sanggup mengeluarkan wang peribadi daripada akaun beliau semata-mata untuk menjaga nama kerajaan Pakatan Rakyat dan mengelakkan pandangan negatif masyarakat bahawa Pakatan Rakyat ‘kedekut’. Tergamakkah kami diperingkat Kawasan Subang melihat orang yang sanggup berkorban demi Parti Islam ini dituduh dengan tuduhan liar kononnya melesapkan wang peruntukan kerajaan? Selepas audit selesai dijalankan, tuduhan liar itu semakin kuat kedengaran. Bagi mengelakkan nama PAS tercemar di Kawasan Subang dengan berita palsu seperti ini, pihak Dewan Harian PAS Kawasan Subang telah membuat siasatan punca fitnah ini dan akhirnya mendapat rakaman percakapan Azlan yang menuduh Abang Ibrahim melesapkan wang. Pihak Dewan Harian telah memanggil beliau atas nama Dewan Harian bagi meminta penjelasan tentang dakwaan beliau sebagaimana di dalam rakaman. Ringkasnya, beliau tidak dapat memberi penjelasan kepada Dewan Harian. Walau bagaimanapun, kes ini dianggap selesai, khususnya selepas dibuat penerangan audit di markaz U5 kepada jentera PAS kawasan yang memang tidak dihadiri oleh Ustaz Wan Ji dan Azlan sendiri. Yang saya hairan, kenapa Ustaz Wan Ji boleh menerima berita yang dibawa oleh Azlan bulat-bulat dan terus bertindak untuk tidak mahu menemui saya dan meletakkan syak wasangka yang bukan-bukan. Saya sedikitpun tidak mengetahui bahawa Ustaz Wan Ji juga berpihak dalam kes ini sehinggalah saat beliau menceritakan pertemuan beliau dengan Azlan dalam artikel tersebut. Saya lagi tak sangka Ustaz Wan Ji sedangkal itu apabila boleh menerima berita besar dengan semata-mata cerita seorang individu di kedai kopi di tengah malam. Saya ingin bertanya, patutkah dengan hanya mendengar berita Azlan seorang sahaja Ustaz Wan Ji terus meletakkan wasangka dan membuat pendirian? Di mana beliau meletakkan firman Allah SWT: Jangan kamu membuat pendirian terhadap sesuatu yang kamu tidak mempunyai ilmu kerana sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu akan disoal di hadapan Allah SWT? Untuk maklumat ustaz Wan Ji, setakat mendengar maklumat pihak Azlan tanpa mendengar penjelasan daripada audit kawasan, itu masih belum mencapai tahap ‘ilmu’ yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut untuk membuat pendirian pro atau kontra, apatah lagi  membuat tuduhan liar seperti dalam artikel terbaru beliau. Orang-orang ikhlas di Kawasan Subang pergi ke sana, ke mari, bersekang mata buat audit, ambil masa hampir sebulan untuk mencari kebenaran, sedangkan ustaz Wan Ji membuat justifikasi hanya mendengar seorang individu di waktu tengah malam di kedai kopi? Patutkah?

Berdasarkan realiti di atas, saya mencabar Ustaz Wan Ji membawa saksi beliau seperti Azlan atau lain-lain yang terlibat jika ada, saya akan membawa audit kawasan dan ajk Dewan  harian yang lepas, dokumen-dokumen audit, rakaman azlan dan lain-lain yang perlu. Kita bersemuka dan tengok siapa yang benar siapa yang membuat tohmahan liar.

3. Forum Hijrah di surau Al-Azhar adalah perangkap: tuduhan ini adalah langsung tidak berasas. Beliau menyebut: “tak habis-habis lagi. Dulu perangkap Azlan, hari ni nak perangkap aku pula”. Untuk makluman ustaz Wan Ji, pihak surau cukup marah apabila beliau mendakwa sewaktu berforum bahawa beliau tidak dimaklumkan oleh pihak surau bahawa malam tersebut ada forum. Abang Abrar sebagai orang yang bertanggungjawab menjemput penceramah, Haji Sahak (dikenali juga Ustaz Ishak) selaku pengerusi Surau dan lain-lain AJK surau rasa dimalukan apabila beliau meyebut perkara ini di hadapan hadirin umum, seolah-olah pihak penganjur tidak bertanggungjawab. Mereka masih menyimpan mesej peringatan forum pada pukul 2: 04 minit tengahari dan mereka benar-benar berhasrat untuk bersemuka dengan Ustaz Wan Ji, khususnya apabila perkara ini dicoretkan pula di dalam blog beliau. Bagaimana Ustaz Wan Ji boleh anggap forum tersebut adalah perangkap beliau sedangkan forum tersebut bukan saya yang rancang dan saya hanya panelis yang dijemput oleh pihak penganjur surau. Sayapun sama juga, tidak mendapat soalan sepatutnya, itupun kerana pengerusi asal tak dapat hadir. Kita sebagaimana akhlak biasa, kena terima dan berlapang dada di atas kelemahan program yang berlaku. Bukan menggelabah dan membuat tuduhan-tuduhan liar.

Apa yang saya hairan, Ustaz Wan Ji yang telah mengakui sewaktu selesai diskusi buku menuju PAS Baru bahawa forum Hijrah tersebut bukan debat, tetapi tiba-tiba seolah-olah mengiyakan pula apa yang ditulis oleh Zainul Faqar yang forum itu mengandungi elemen debat. Beliau mendakwa bahawa Zainul Faqar tinggal di situ sedangkan apa yang Zainul Faqar beritahu saya bahawa beliau tinggal di Selayang, manakala jemaah surau Al-Azhar langsung tidak mengenali dan tidak pernah melihat beliau di surau tersebut. Jemaah surau pun hairan kenapa tup-tup dia muncul di surau tersebut pada malam forum dan menulis berita seperti itu? Apa yang lebih menghairankan, dari mana Zainul Faqar mendapat maklumat bahawa saya ingin berjumpa Ustaz Wan Ji selepas forum, walhal saya hanya memberitahu ustaz Wan Ji seorang sahaja hasrat untuk bertemu selepas kuliah, orang lain tidak tahu. Lagi satu yang peliknya, apa buruknya forum Hijrah tersebut sehingga ia dianggap perangkap kerana perangkap adalah sesuatu yang tidak baik? Adakah forum Hijrah tidak baik? Dalam hal ini, Ustaz Wan Ji terlalu berwasangka sehingga hilang pertimbangan.

4. Seni Tulisan Zainul Faqar: seni coretan kisah forum oleh Zainul Faqar yang di’link’kan oleh Ustaz Wan Ji sebenarnya adalah seni golongan Yahudi yang cuba memecah-mecahkan orang Islam dengan menggambarkan sesuatu realiti normal sebagai perpecahan, perselisihan dan perbalahan bagi tujuan yang tertentu. Sebagai contoh mereka telah cuba menggambarkan nabi-nabi dahulu berbeza dengan nabi Muhammad SAW seperti harta ghanimah nabi-nabi terdahulu di makan oleh api yang turun daripada langit dan perkara ini tidak berlaku kepada nabi Muhammad SAW. Tujuannya ialah untuk menyatakan nabi salah supaya ada golongan yang sokong nabi supaya menjadi puak yang kedua yang sokong nabi terdahulu dan kontra dengan nabi. Ini juga ‘seni’ golongan orientalis barat dan zionis bagi tujuan memecah belahkan kesatuan orang-orang Islam. Sedangkan perbezaan ini bukan khilaf, apatah lagi perbalahan justeru ia di dalam ruang lingkup yang diizinkan oleh syariat sebagaimana khilaf mazhab. Dalam forum tersebut tidak berlaku khilaf pun, saya sentuh sudut lain, Ustaz Wan Ji sentuh sudut lain berdasarkan soalan pengerusi, sebagaimana adat forum biasa setiap panelis menyentuh poin dan topik berbeza. Ini adalah ulasan dari aspek berbeza, bukan khilaf dan perselisihan dan jauh sekali pergaduhan yang tercela di sisi syariat. Cubaan menggambarkan situasi ‘sihat’ ini sebagai ‘perselisihan pendapat’ dan ‘ada yang diterima dan ditolak’ adalah seni ‘Yahudi’ zaman berzaman, bukan seni wartawan muslim yang soleh. Dalam hal ini, saya cabar Zainul Faqar datang ke surau Al-Azhar, berdepan dengan jemaah surau tersebut dalam menjastifkasikan perkara ini.

5. Tuduhan Zainul Faqar di dalam blog beliau: suka saya nyatakan di sini, bahawa pihak surau Azhar juga ingin bersemuka dengan beliau yang disifatkan sebagai memburukkan keadaan forum tersebut seolah-olah berlaku debat, wal hal yang berlansungnya ialah forum tentang Hijrah. Logiknya, mana boleh nak debat tentang tajuk hijrah? Beliau menulis dalam blog beliau kononnya saya ingin berjumpa dan ‘mengadakan wacana ekslusif’ selepas forum forum tersebut dan di tolak oleh Ustaz Wan Ji, wal hal saya ingin bertanya dan meminta penjelasan tentang tuduhan beliau bahawa Dr. Harun Din ‘ulama kepala lutut’, bukan nak buat ‘wacana sulit’ sebagaimana dakwa beliau. Kalau ikutkan hati, nak tanya dia depan orang ramai waktu makan selepas kuliah, tapi takut dia dimalukan. Tujuan saya ingin berjumpa beliau ialah ingin memberikan pandangan sebagai seorang sahabat kepada beliau yang telah menggelarkan Dr. Harun Din sebagai ulama kepala lutut kerana perkara ini menjatuhkan kredibiliti beliau sendiri. Saya mempunyai asas untuk bertanya beliau berdasarkan face book dalam format picture yang diberikan kepada saya. Di sini saya ‘paste’kan bagi mengelakkan tohmahan saya membuat tuduhan palsu. Saya dahulunya hanya mendiamkan diri sekalipun saya tidak bersetuju dengan cara kritikan secara terbuka beliau di dalam blog terhadap kawan-kawan seperjuangan seperti YB Ustaz Nasir dan sahabat-sahabat yang lain. Tetapi apabila beliau mencoretkan bahawa Dr. Harun Din sebagai ulama kepala lutut, itu yang saya rasa terpanggil untuk meminta penjelasan daripada beliau.

Adapun apa yang dicoretkan oleh Zainul Faqar, saya tidak mahu layan coretan kosong berunsur prejudis tersebut kerana saya mempunyai banyak kewajipan lain. Lagipun, setelah saya servey, saya dapati blog beliau bukan diambil kira dan iktibar oleh pembaca-pembaca. Terutamanya apabila saya dapati beliau terus dengan cara beliau setelah saya meminta mengubah beberapa perkara dan meminta beliau merujuk kepada ayat quran berkaitan. Bagi saya, orang yang telah diberi tahu dan berkeras juga melakukan benda yang sama setelah mendapat peringatan, hanya layak menerima doa sebagaimana doa yang dipohon oleh Nabi Musa a.s. sebagaimana surah Yunus, ayat 88. “Ya Allah ya tuhanku, Jika Zainul Faqar melakukan tuduhan tanpa asas dan sengaja ingin membuat kekalutan, hancurkannya bersama hartanya, keraskan hatinya, dia tidak akan menerima kebenaran (berubah) sehingga menerima azab yang pedih”. Saya rasa cukup dizalimi apabila difitnah oleh blogger-blogger yang tidak berakhlak seperti ini khususnya apabila saya tidak mempunyai proksi blog yang kuat untuk menjawab balik tohmahan tersebut. Saya berharap, kalau saya berdoa, doa saya dimakbulkan oleh Allah, kerana doa orang yang dizalimi tiada hijab antaranya dengan Allah swt. Dan inilah sahaja senjata orang beriman yang lemah. Saya juga berharap, beliau menerima azab dan insaf di atas dunia ini sebelum akhirat. Kerana membuat perubahan di atas dunia adalah belum terlambat, tetapi melihat azab dan bertaubat selepas mati tidak ada gunanya.

6. Tuduhan menggunakan blog hantu: saya hairan, apa pula asasnya tuduhan Ustaz Wan Ji ini dan blog mana pula yang hantunya? Saya bukan blogger sebab banyak kerja lain yang saya kena selesaikan. Lagi satu, Ustaz Wan Ji silap eja, bukan ‘Playself’ tapi “play safe”. Tapi takpe, yang ni remeh je, bukan isu.

7. Cabaran Debat: Saya kurang selesa mendengar perkataan debat dan saya lebih selesa dengan perkataan muzakarah sebab debat menggambarkan permusuhan manakala muzakarah menggambarkan ‘nasihat menasihati’ dan ‘mencari kebenaran’. Walau apapun istilah yang diguna pakai oleh Ustaz Wan Ji, “kecil tapak tanyak, nyiru saya tadahkan”.  Pihak Surau Azhar sudah bersiap sedia untuk jadi tuan rumah. Saya tunggu ustaz Wan Ji di surau tersebut pada hari selasa, 1 Februari, iaitu tarikh asal beliau kuliah di Al-Azhar. Untuk maklumat Ustaz Wan Ji, Saya sudah maklumkan kepada pihak surau Al-Azhar perkara ini dan mereka sangat mengalu-alukan muzakarah (debat menurut istilah Ustaz Wan Ji) dan mereka sangat ingin bersemuka dengan Ustaz Wan Ji dan Zainul Faqar yang telah mencoretkan ‘wajah hodoh’ bagi forum yang baik. Di samping itu, saya juga mengalukan-alukan saksi-saksi ustaz Wan Ji dan sangat berbesar hati untuk mengetahui siapakah batu api dan dalang belakang. Saya akan bawa saksi-saksi saya yang terdiri daripada AJK surau sendiri, bekas Audit Kawasan, lain-lain saksi, bukti-bukti rakaman dan lain-lain sebagaimana yang dinyatakan di atas.

8. Jika rasa tak selamat di surau Al-Azhar: Kalau rasa tak selamat kerana kononnya ‘mahu mengelak berlaku perkara yang tidak diingini’, saya serahkan kepada ustaz Wan Ji sebutkan tempat, tarikh dan masa yang lain di dalam Selangor atau Lembah Klang untuk kemudahan kehadiran saksi-saksi saya. Kalau rasa tak yakin juga, buat kat rumah beliau sendiripun tak apa. Takkan seluas-luas Selangor ni tak ada tempat selamat hatta rumah sendiri. Berani kerana benar, takut kerana salah. Lagi satu, kalau rakaman dianggap sebagai satu ‘trap’ macam konon-kononnya kes Azlan, perangai ni sama macam UMNO tahun-tahun 80an dulu. Mula-mula bukan main tunjuk hero ajak PAS berdebat dan di canang-canang dalam televisyen. Lepas PAS setuju, ajak buat tertutup tanpa rakaman. Bila PAS bersetuju juga, lastly batal!

9. Jangan jadi pengecut: saya harap, Ustaz Wan Ji jangan buat alasan dan jadi pengecut.  Berani mendakwa, beranilah bersemuka dan kemukakan saksi dan bukti. Kenapa berani membuat tuduhan, tetapi enggan ber’muzakarah’ dan mengemukakan bukti, saksi dan dalil. Perangai ini adalah perangai si munafik di zaman Rasulullah SAW yang hanya suka menyebarkan Ifki (berita fitnah) tanpa berani berdepan mengemukakan dalil dan saksi yang ‘thiqah’. Sekali sekala rasa lucu juga justeru isu yang ditimbulkan ialah tuduhan beliau terhadap saya ialah isu Azlan, isu forum Hijrah di surau Al-Azhar, isu saya macam orang jahat yang suka perangkap orang lain dan lain-lain, tup-tup pergi ajak debat isu ‘gabung PAS UMNO’ dan isu ‘apakah pimpinan PAS ini tidak boleh ditegur dan dikritik’. Tak ke ‘tak masuk akal’ tu? Gambarannya macam orang datang dan tumbuk curi, kemudian kata, kalau engkau berani lawan, engkau pergi tumbuk tiang tu. Kalau nak balas, mesti balas orang yang tukang tumbuk curi (isu yang ditimbulkan), apa nak pergi ‘buang karen’ tumbuk tiang (isu lain) yang tak ada kena mengena. Kan ke itu sikap pengecut yang tak sedar ia kelihatan ‘tiga suku’? Satu lagi, sebelum ajak debat, Ustaz Wan Ji kena pastikan benda tu betul ke wujud? Kemudian kalau wujud, kena pastikan pula apa stand saya? Setakat yang saya tahu, tak ada PAS nak bergabung dengan UMNO. Macamana saya nak buat ‘stand’ tentang yang saya sendiri tak tahu kewujudannya? Bila ajak debat ‘isu apakah pimpinan PAS ini tidak boleh ditegur dan dikritik’, Ustaz Wan Ji perlu sedar bahawa isu ini bukan sesuatu yang relevant untuk dimuzakarahkan justeru ia bukan dasar PAS. Kalau benar berlaku pun sebagaimana dakwaan Ustaz Wan Ji, ia tetap juga tidak relevan untuk dimuzakarahkan justeru ia sikap individu kerana mana ada perlembagaan PAS sebut pimpinan PAS tidak boleh ditegur. Relevankah kalau ada orang bukan Islam yang duk canang-canang ada ‘orang Islam mencuri’ kemudian ajak ulama Islam berdebat tentang ‘kecurian’. Bukankah satu benda yang melucukan?  Lain la kalau Islam mengharuskan mencuri.

Apapun, kalau berani sangat, saya cabar ustaz Wan Ji bawa kelima-lima saksi yang menelefon beliau untuk datang pada malam ‘muzakarah’ pada 1 Februari kerana saya nak tahu juga siapa yang bawa cerita ni.

Akhir kata, saya ingin memberikan nasihat terbuka kepada Ustaz Wan Ji supaya berubah kerana perangai ini mengandungi ciri-ciri berikut:

  1. Dusta: menyebarkan berita tanpa memastikan kesahihan dan menyebarkan segala apa yang didengari, maka ianya dianggap dusta sebagai hadis nabi SAW: كفى بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع. Cukuplah seseorang berbohong (dengan bohong yang minimum) dengan menceritakan (semula) segala perkara yang didengarinya (tanpa memeriksanya terlebih dahulu) – (Hadis Riwayat Muslim). Setakat ‘dipercayai’ dan terus tarik sebagai evidence adalah sesuatu yang tidak bermoral.
  2. Tidak bersifat dengan sifat muslim sejati apabila semua orang terkena lidahnya (dimaki, dikata, dinista dan dikutuk). Sabdi Nabi SAW: المسلمون من سلم المسلمون من لسانه ويده Maksudnya: orang Islam (yang sebenar) ialah orang Islam yang lain selamat dari lidahnya (kutukan dan nistaanya) dan tangannya (pukulannya)– (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Yang terkena lidah Ustaz Wan Ji pada hari ini bukan setakat seorang muslim, tetapi hampir semua ulama dalam PAS dah kena lidah Ustaz Wan Ji hatta termasuk Dr. Harun Din yang disegani oleh semua lapisan masyarakat.
  3. Sifat munafik: Firman Allah swt di dalam Surah Al-Baqarah ayat 11-16 di mana Dr. Wahbah mendetailkan bahawa 4 sifat penting orang munafik, di mana kalau ada satupun dah cukup untuk melayakkan mereka menerima azab. Salah satunya iaitu melakukan kerosakan di muka bumi dengan menyebarkan fitnah, menghasut orang-orang Islam dan melariskan berita-berita palsu. (Lihat tafsir Al-Munir, Jilid 1 m/s 88). Mereka mendakwa konon-kononnya mereka membuat pengislahan bahkan tanpa sedar mereka hakikatnya berbuat kerosakan. Firman Allah swt: وإذا قيل لهم لا تفسدوا في الأرض قالوا إنما نحن مصلحون. Maksudnya: dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: “Sesungguhnya Kami orang-orang Yang hanya membuat kebaikan”. – (Al-Baqarah: 11). Ukuran perbuatan mereka ialah berita palsu yang sanggup mereka sebarkan, bukan dakwaan islah mereka. Dalam kes-kes di atas, saya telah buktikan bahawa dakwaan Ustaz Wan Ji adalah palsu dan bohong. Rekod dan artikel beliau lawan UMNO tidak boleh menghalalkan cara beliau mengutuk golongan seperti Dr. Harun Din dan PAS sendiri, justeru Munafik zaman nabi juga lawan musuh Islam dalam banyak siri peperangan.
  4. Sifat Yahudi dan golongan kufur yang suka mengambil berita daripada orang yang tidak berkenaan: Firman Allah SWT di dalam surah Al-Maidah ayat 41 bermaksud: “Wahai Rasulullah! janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: “kami tetap beriman”, padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu. Dalam ayat 42 Allah SWT berfirman: “mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta”.

Saya berpendapat bahawa nasihat terbuka ini diharuskan sekalipun hukum asalnya tidak diharuskan justeru tohmahan sudah dilakukan secara terbuka oleh Ustaz Wan Ji. Ini bermaksud, jika Ustaz Wan Ji berkeras untuk tidak mahu bertanggungjawab dengan bersemuka tentang isu ini, tidak mahu berubah, blog beliau sepatutnya diboikot justeru firman Allah swt untuk mereka yang suka membuat fitnah tanpa saksi sebagaimana ayat 4 daripada surah An-Nur , bahawa orang yang suka membuat fitnah tanpa bukti dan saksi, penyaksiannya (pendakwaan eg: melalui tulisan dan sebagainya) jangan diterima pakai kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. Saya berdoa supaya beliau berubah, dilembutkan hati dan dapat mengawal emosi. Saya berharap beliau tidak berterusan dengan perangai ini kerana orang yang telah datang amaran dan peringatan seterusnya berkeras juga, ia tidak layak menerima petunjuk, bahkan layak menerima azab dan hati yang semakin keras sehingga tidak akan insaf melainkan selepas menerima azab dan balasan.

Walau apapun, segala baki urusan saya serahkan kepada Allah swt.

Yang benar:

Azharudin Mat Said.

Posted 11/01/2011 by elbalighah in Uncategorized

  Leave a comment

PENJELASAN TENTANG FITNAH SUBANG

* INI ADALAH ARTIKEL LAMA SAYA DIPOSTING DALAM TKO SEBELUM SAYA CREATE BLOG INI. OLEH KERANA PENULIS ASAL TENTANG TOHMAHAN ISU SUBANG SUDAH DELETE ARTIKEL TERSEBUT, SUKA UNTUK SAYA TIDAK SEBUTKAN NAMA DAN BLOGNYA DI SINI. TETAPI SAYA PAPARKAN JUGA CORETAN INI JUSTERU INGIN MEMBETULKAN BALIK PERSEPSI AWAM TERHADAP SAYA, KHUSUSNYA MEREKA YANG TELAH MEMBACA BLOG BELIAU DAN BELUM MELIHAT PENJELASAN SAYA. APAPUN, SAYA MENGHORMATI PENULIS ASAL KERANA BERSIKAP JUJUR DAN IKHLAS, TETAPI MASALAHNYA IALAH SIAPA YANG MENYAMPAIKAN BERITA PALSU KEPADA BELIAU?

Segala syukur hanya dipanjatkan kepada Allah swt dan selawat serta salam ke atas nabi junjungannya SAW.

Pertamanya saya ucapkan terima kasih kepada Ustaz Nasarudin Hassan kerana memberikan laluan kepada coretan ini di dalam blog beliau. Adalah tidak adil jika tulisan fitnah ******** ditatap oleh ramai pembaca sedangkan jawapan saya tidak dapat mengimbangi fitnah tersebut justeru saya bukan seorang blogger. Oleh itu, saya meminjam ruang di dalam blog Ustaz Nasarudin Hassan bagi menjelaskan fitnah yang disebarkan oleh ********.

Setelah membaca tulisan ********, suka saya menyatakan beberapa pembetulan:

1. Kes Subang: Saya hairan daripada manakah kutipan berita bahawa saya ditolak oleh orang-orang PAS di Subang sebagaimana yang dicoretkan oleh ********. Walhal, pada peringkat awal hanya saya seorang sahaja yang layak untuk bertanding YDP dengan mendapat 13 pencalonan daripada cawangan. Itupun selepas saya isytihar secara personal kepada kawan-kawan jemaah di kawasan Subang dan dalam beberapa program kawasan yang saya tidak akan bertanding YDP atas sebab-sebab tertentu. Penolakan jawatan ini adalah akhlak yang saya pelajari dalam tarbiah Islam. Pada masa itu terdapat dua calon lain yang hakikatnya saya yang cadangkan kepada beberapa cawangan, tetapi sehingga saat akhir pencalonan ditutup, masing-masing mendapat pencalonan yang pada masa itu masih tidak mencukupi untuk bertanding YDP. 2 hari sebelum pencalonan ditutup 2 orang calon tersebut masih lagi belum mendapat bilangan pencalonan yang mencukupi. Akhirnya saya telefon ke cawangan seksyen 7 Kota Damansara (Haji Fadhil), supaya mencalonkan Haji Misni sebagai YDP dan beberapa cawangan yang lain supaya mencalonkan beberapa orang yang lain. Sememangnya saya menarik diri di saat Muktamar kerana saya bimbang ada orang yang tidak layak akan bertanding. Oleh kerana semuanya adalah berkelayakan, maka saya tarik diri pada masa itu. Dan Haji Misni (Calon YDP yang menang) berbisik pada hari tersebut bahawa, kalau saya terus bertanding dia akan tarik diri. Saya menyatakan kepada beliau, bahawa saya tekad akan tarik diri sebagaimana saya telah pertegaskan sebelum ini. Saya bukan main-main. Berita yang dibawa oleh ******** bahawa saya keluar awal daripada muktamar adalah tidak benar sama sekali, kerana saya berada di dalam Muktamar kawasan sehingga tamat.

Apa yang pasti, ******** memang confirm tak menghadiri muktamar PAS kawasan Subang. Persoalannya, dari manakah ******** dapat maklumat karut seperti ini? Jika hanya berdasarkan maklumat individu tertentu, tanpa menyelidik dan terus sebarkan, maka ini adalah salah satu bentuk pembohongan sebagaimana sabda nabi SAW: “cukuplah (berhentilah) seseorang berbohong (dengan pembohongan yang paling minima) iaitu menceritakan semua (berita buruk) yang didengarinya.”

Dalam hal ini, saya mencabar ******** untuk:

  1. Bersemuka dan masing-masing bawa saksi masing-masing. Saya sanggup bawa YDP kawasan iaitu Haji Misni, SPR kawasan, SU kawasan dan lain-lain yang terlibat dengan pengurusan pemilihan PAS kawasan Subang untuk menjadi saksi terhadap apa yang saya sebutkan. Beranikah ******** sebutkan siapa saksi ******** dalam fitnah tersebut? Saya cabar supaya ******** sebutkan di mana sahaja tempat dalam Malaysia, bila, saya akan pergi bersama-sama semua saksi saya, dan ******** bawa saksi-saksi beliau untuk memastikan dari manakah diorang dapat berita tersebut. Kalau ******** benar dan bertanggungjawab atas kenyataannya, maka diharap beliau dapat menyahut cabaran bersemuka ini.
  2. Kalau ******** masih berdegil dengan fitnah ini, saya hanya mampu berdoa sebagaimana doa sahabat yang difitnah di Syam oleh seorang munafik tanpa bukti, dengan doa saya yang berbunyi: “Ya Allah ya tuhanku, kalau ******** melakukan perkara ini semata-mata berasaskan fitnah dan pembohongan justeru menyebarkan berita yang tidak diselidiki, maka hambamu ini memohon kepadamu supaya panjangkan umur ********, lipat gandakan kejahatannya dan manusia ramai dapat melihat dengan jelas kejahatannya. Hambamu ini menyerahkan kepadamu ya Allah, urusannya di dunia dan di hari Akhirat.” Untuk maklumat ********, dalam kisah sahabat tersebut, akhirnya penfitnah tersebut benar-benar dipanjangkan umurnya oleh Allah, sehingga diriwayatkan umurnya melangkau seratus tahun lebih, keningnya sampai berkedut hampir menutupi mata, tinggal berseorangan dan hobinya duduk tepi jalan, mengorat anak dara yang lalu lalang. Sehingga orang ramai melihat kejahatan dan perangainya yang buruk, yang sewaktu fitnah itu berlaku lelaki tersebut dianggap orang baik.”

Sabda nabi yang bermaksud: “takutlah kamu kepada doa orang yang dizalimi, kerana sesungguhnya orang-orang yang dizalimi tiada hijab di antaranya dengan Allah swt.”

2. Naik dalam parti kerana pengaruh mertua: ini adalah tidak benar sama sekali justeru saya antara yang dicalonkan sebagai Exco Pemuda PAS Pusat, tetapi saya menarik diri justeru terlalu ramai sahabat-sahabat yang layak untuk bertanding. Tetapi selepas beberapa tempoh, hasil keputusan retreat saya diminta untuk menyertai Dewan Pemuda bagi pengurusan khususnya untuk perhubungan di Timur Tengah, memandangkan pengalaman saya berada di Timur Tengah selama sekitar 12 tahun. Perlantikan itu bukan kerana saya  menantu Presiden. Sebagai bukti yang lain, perlantikan saya sebagai ahli Majlis Syura oleh Dewan Pemuda bukan kerana menantu Presiden. Pencalonan saya sebagai Ahli Majlis Syura bagi pihak Dewan Pemuda dibuat di dalam mesyuarat Dewan Pemuda, tetapi ianya tidak dapat diputuskan di dalam mesyuarat tersebut kerana masing-masing yang dicalonkan sebagai Ahli Majlis Syura berebut menolak, bukan masing-masing berebut menerima sebagai UMNO atau sebagaimana pemikiran ********. Yang menolak termasuklah saya, Ustaz Nik Abduh, Ustaz Azman Syafawi dan lain-lain. Akhirnya keputusan muktamad Dewan Pemuda untuk calon Majlis Syura daripada pemuda akhirnya diserahkan kepada Dewan Harian Pemuda untuk memuktamadkan siapakah calon sebagai Ahli Majlis Syura yang mewakili Dewan Pemuda. Akhirnya Dewan Harian Dewan Pemuda memilih saya tanpa dimaklumkan dan tanpa meminta persetujuan daripada saya terlebih dahulu. Saya mendapat berita nama saya dinaikkan di dalam Majlis Syura Ulama selepas diluluskan oleh mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Saya difahamkan, di dalam mesyuarat PAS pusat sendiri, Presiden menolak nama saya dengan alasan menantu dan Ketua Pemuda menyatakan bahawa nama saya dipilih hasil mesyuarat harian Dewan Pemuda yang diberikan mandat oleh Mesyuarat Dewan Pemuda, bukan kerana menantu. Perlantikan ini kerana kelayakan, bukan kerana menantu Presiden. Kelayakan saya ialah MA daripada Cairo University dalam bidang Syariah, di mana hanya terdapat dua tiga orang sahaja orang Malaysia yang mampu habiskan MA di University tersebut dalam tempoh 10 tahun. Yang nak masuk beratus-ratus, yang layak hanya berpuluh-puluh, tapi yang lulus hanya 2 orang sahaja dalam tempoh tersebut.

Begitu juga penglibatan saya di dalam Majlis Syura Ulama sebelum ini adalah perlantikan daripada Dr. Harun Din, yang sebenarnya beliau tidak tahu bahawa saya adalah menantu Presiden melainkan hanya selepas setengah tahun saya bekerja di bawah beliau, iaitu sebagai Pegawai Penyelidik Majlis Syura Ulama. Ini PAS, bukan UMNO. Harap ******** jangan melihat PAS dari kaca mata UMNO bahawa orang PAS semuanya mahu jawatan dan berebut jawatan. Jangan anggap jawatan dalam PAS kalau naik secara tak bertanding, maknanya ditolak oleh orang PAS. Itu pemikiran UMNO kerana di dalam PAS terlalu banyak jawatan yang ‘merugikan’ masa dan wang yang tidak dipertandingkan seperti jawatan AJK ulamat Pelapis yang saya telah memegangnya sejak lebih daripada 3 tahun.

3. Kod Etika Pakatan Rakyat: Saya menafikan sekeras-kerasnya apa yang difitnahkan oleh ******** bahawa saya mahu mengadakan “Kod Etika Pakatan Rakyat” bagi semua ahli-ahli PAS dan mencari jalan untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Apa yang saya hairan, berita tidak berasas seperti ini dibesar-besarkan, sedangkan apa yang berlaku di dalam diskusi penting seperti baru-baru ini lansung tidak disentuh oleh ******** secara fakta dan realiti, sedangkan program seperti ini lebih menjurus kepada melemahkan sokongan orang ramai terhadap PAS kerana ianya mengandungi tuduhan yang tidak berasas yang secara pastinya boleh menjadikan peserta diskusi yang baru berjinak dengan PAS lari meninggalkan PAS. Medium pembentangan seperti itu, sepatutnya dibuat secara dalaman, tegur direct kepada tuan, bukan diceritakan kepada mereka-mereka yang baru nak kenal PAS. Kerosakan kepada PAS ini, bermakna juga kerosakan kepada Pakatan Rakyat. Kenapa ******** tak sebut lansung perkara ini? Adakah orang yang menghubungi ******** di ‘seberang Laut’ sengaja tak report kepada ********?

******** pula copy paste artikel daripada blog lain bahawa Dr. Mujahid rasa tidak puas hati bahawa ulama pelapis tidak menjemput beliau dalam Muzakarah Ulama Pelapis. Sedarkah ******** bahawa Dr. Mujahid menulis tentang ulama juga tidak menjemput satupun orang PAS yang diceritakan di dalam buku tersebut? Sedarkah ******** bahawa saya dihadirkan oleh penganjur di dalam Diskusi tersebut sebagai mewakili Ulama Pelapis menyatakan hujah dan alasan muzakarah ulama pelapis yang menolak buku tersebut? Maknanya, saya mengemukakan komentar hasil perbincangan muzakarah ulama pelapis di hadapan penulis sendiri. Apa komentar balas penulis terhadap komen ulama pelapis? Kenapa ******** tak war-warkan? Saya telah nyatakan kepada penulis bahawa ulama pelapis merancang untuk mengadakan siri muzakarah tertutup yang mempunyai waktu yang lebih mencukupi bagi membincangkan kerelevanan cadangan beliau di dalam buku Menuju PAS Baru?  Sepatutnya, isi ini yang dicoretkan oleh  ********, bukan cerita bukan-bukan seperti “Kod Etika Pakatan Rakyat”.

4. Berkenaan dakwaan ******** bahawa saya pengacau: Saya kurang faham apa dan kenapa perkara ini ditimbulkan? Adakah dengan sebab saya memberikan komentar di dalam diskusi buku Menuju PAS Baru? Maka saya dianggap sebagai pengacau. Saya telah membahaskan secara ilmiah kesasaran buku tersebut di dalam diskusi tersebut, bukan secara sentimen dan semberono. Saya memberikan komentar pun atas jemputan sebagai pengulas, bukan pakai redah dalam majlis tak tentu hala. Adakah ******** rasa saya pengacau atas sebab ******** sokong buku tersebut, kemudian saya mempertikaikan buku tersebut? Saya dah kemukakan hujah satu demi satu dalam program diskusi tersebut. Kalau rasa tak puas hati, nanti saya upload rakaman diskusi tersebut dan umum boleh nilai saya punya hujah dan fakta. Kalau saya dah kemukakan fakta dan hujah terhadap kepincangan buku tersebut, sepatutnya hujah dijawab dengan hujah, bukan hujah dijawab dengan fitnah sebagai ‘pengacau’. Kalau ******** menyokong buku tersebut dan tidak mempunyai hujah yang konkrit untuk menyanggah saya, kemudian ambil jalan fitnah, maka perangai ini sama macam perangai orang musyrikin Mekah yang kalah hujah dengan nabi, akhirnya mereka fitnah nabi dengan ‘pemecah belah masyarakat’. Bukan saya bermaksud saya macam nabi, tapi saya maksudkan ******** jangan jadi macam orang Musyrikin Mekah. Itu sahaja.

Posted 11/01/2011 by elbalighah in Uncategorized