Leave a comment

PENJELASAN TENTANG FITNAH SUBANG

* INI ADALAH ARTIKEL LAMA SAYA DIPOSTING DALAM TKO SEBELUM SAYA CREATE BLOG INI. OLEH KERANA PENULIS ASAL TENTANG TOHMAHAN ISU SUBANG SUDAH DELETE ARTIKEL TERSEBUT, SUKA UNTUK SAYA TIDAK SEBUTKAN NAMA DAN BLOGNYA DI SINI. TETAPI SAYA PAPARKAN JUGA CORETAN INI JUSTERU INGIN MEMBETULKAN BALIK PERSEPSI AWAM TERHADAP SAYA, KHUSUSNYA MEREKA YANG TELAH MEMBACA BLOG BELIAU DAN BELUM MELIHAT PENJELASAN SAYA. APAPUN, SAYA MENGHORMATI PENULIS ASAL KERANA BERSIKAP JUJUR DAN IKHLAS, TETAPI MASALAHNYA IALAH SIAPA YANG MENYAMPAIKAN BERITA PALSU KEPADA BELIAU?

Segala syukur hanya dipanjatkan kepada Allah swt dan selawat serta salam ke atas nabi junjungannya SAW.

Pertamanya saya ucapkan terima kasih kepada Ustaz Nasarudin Hassan kerana memberikan laluan kepada coretan ini di dalam blog beliau. Adalah tidak adil jika tulisan fitnah ******** ditatap oleh ramai pembaca sedangkan jawapan saya tidak dapat mengimbangi fitnah tersebut justeru saya bukan seorang blogger. Oleh itu, saya meminjam ruang di dalam blog Ustaz Nasarudin Hassan bagi menjelaskan fitnah yang disebarkan oleh ********.

Setelah membaca tulisan ********, suka saya menyatakan beberapa pembetulan:

1. Kes Subang: Saya hairan daripada manakah kutipan berita bahawa saya ditolak oleh orang-orang PAS di Subang sebagaimana yang dicoretkan oleh ********. Walhal, pada peringkat awal hanya saya seorang sahaja yang layak untuk bertanding YDP dengan mendapat 13 pencalonan daripada cawangan. Itupun selepas saya isytihar secara personal kepada kawan-kawan jemaah di kawasan Subang dan dalam beberapa program kawasan yang saya tidak akan bertanding YDP atas sebab-sebab tertentu. Penolakan jawatan ini adalah akhlak yang saya pelajari dalam tarbiah Islam. Pada masa itu terdapat dua calon lain yang hakikatnya saya yang cadangkan kepada beberapa cawangan, tetapi sehingga saat akhir pencalonan ditutup, masing-masing mendapat pencalonan yang pada masa itu masih tidak mencukupi untuk bertanding YDP. 2 hari sebelum pencalonan ditutup 2 orang calon tersebut masih lagi belum mendapat bilangan pencalonan yang mencukupi. Akhirnya saya telefon ke cawangan seksyen 7 Kota Damansara (Haji Fadhil), supaya mencalonkan Haji Misni sebagai YDP dan beberapa cawangan yang lain supaya mencalonkan beberapa orang yang lain. Sememangnya saya menarik diri di saat Muktamar kerana saya bimbang ada orang yang tidak layak akan bertanding. Oleh kerana semuanya adalah berkelayakan, maka saya tarik diri pada masa itu. Dan Haji Misni (Calon YDP yang menang) berbisik pada hari tersebut bahawa, kalau saya terus bertanding dia akan tarik diri. Saya menyatakan kepada beliau, bahawa saya tekad akan tarik diri sebagaimana saya telah pertegaskan sebelum ini. Saya bukan main-main. Berita yang dibawa oleh ******** bahawa saya keluar awal daripada muktamar adalah tidak benar sama sekali, kerana saya berada di dalam Muktamar kawasan sehingga tamat.

Apa yang pasti, ******** memang confirm tak menghadiri muktamar PAS kawasan Subang. Persoalannya, dari manakah ******** dapat maklumat karut seperti ini? Jika hanya berdasarkan maklumat individu tertentu, tanpa menyelidik dan terus sebarkan, maka ini adalah salah satu bentuk pembohongan sebagaimana sabda nabi SAW: “cukuplah (berhentilah) seseorang berbohong (dengan pembohongan yang paling minima) iaitu menceritakan semua (berita buruk) yang didengarinya.”

Dalam hal ini, saya mencabar ******** untuk:

  1. Bersemuka dan masing-masing bawa saksi masing-masing. Saya sanggup bawa YDP kawasan iaitu Haji Misni, SPR kawasan, SU kawasan dan lain-lain yang terlibat dengan pengurusan pemilihan PAS kawasan Subang untuk menjadi saksi terhadap apa yang saya sebutkan. Beranikah ******** sebutkan siapa saksi ******** dalam fitnah tersebut? Saya cabar supaya ******** sebutkan di mana sahaja tempat dalam Malaysia, bila, saya akan pergi bersama-sama semua saksi saya, dan ******** bawa saksi-saksi beliau untuk memastikan dari manakah diorang dapat berita tersebut. Kalau ******** benar dan bertanggungjawab atas kenyataannya, maka diharap beliau dapat menyahut cabaran bersemuka ini.
  2. Kalau ******** masih berdegil dengan fitnah ini, saya hanya mampu berdoa sebagaimana doa sahabat yang difitnah di Syam oleh seorang munafik tanpa bukti, dengan doa saya yang berbunyi: “Ya Allah ya tuhanku, kalau ******** melakukan perkara ini semata-mata berasaskan fitnah dan pembohongan justeru menyebarkan berita yang tidak diselidiki, maka hambamu ini memohon kepadamu supaya panjangkan umur ********, lipat gandakan kejahatannya dan manusia ramai dapat melihat dengan jelas kejahatannya. Hambamu ini menyerahkan kepadamu ya Allah, urusannya di dunia dan di hari Akhirat.” Untuk maklumat ********, dalam kisah sahabat tersebut, akhirnya penfitnah tersebut benar-benar dipanjangkan umurnya oleh Allah, sehingga diriwayatkan umurnya melangkau seratus tahun lebih, keningnya sampai berkedut hampir menutupi mata, tinggal berseorangan dan hobinya duduk tepi jalan, mengorat anak dara yang lalu lalang. Sehingga orang ramai melihat kejahatan dan perangainya yang buruk, yang sewaktu fitnah itu berlaku lelaki tersebut dianggap orang baik.”

Sabda nabi yang bermaksud: “takutlah kamu kepada doa orang yang dizalimi, kerana sesungguhnya orang-orang yang dizalimi tiada hijab di antaranya dengan Allah swt.”

2. Naik dalam parti kerana pengaruh mertua: ini adalah tidak benar sama sekali justeru saya antara yang dicalonkan sebagai Exco Pemuda PAS Pusat, tetapi saya menarik diri justeru terlalu ramai sahabat-sahabat yang layak untuk bertanding. Tetapi selepas beberapa tempoh, hasil keputusan retreat saya diminta untuk menyertai Dewan Pemuda bagi pengurusan khususnya untuk perhubungan di Timur Tengah, memandangkan pengalaman saya berada di Timur Tengah selama sekitar 12 tahun. Perlantikan itu bukan kerana saya  menantu Presiden. Sebagai bukti yang lain, perlantikan saya sebagai ahli Majlis Syura oleh Dewan Pemuda bukan kerana menantu Presiden. Pencalonan saya sebagai Ahli Majlis Syura bagi pihak Dewan Pemuda dibuat di dalam mesyuarat Dewan Pemuda, tetapi ianya tidak dapat diputuskan di dalam mesyuarat tersebut kerana masing-masing yang dicalonkan sebagai Ahli Majlis Syura berebut menolak, bukan masing-masing berebut menerima sebagai UMNO atau sebagaimana pemikiran ********. Yang menolak termasuklah saya, Ustaz Nik Abduh, Ustaz Azman Syafawi dan lain-lain. Akhirnya keputusan muktamad Dewan Pemuda untuk calon Majlis Syura daripada pemuda akhirnya diserahkan kepada Dewan Harian Pemuda untuk memuktamadkan siapakah calon sebagai Ahli Majlis Syura yang mewakili Dewan Pemuda. Akhirnya Dewan Harian Dewan Pemuda memilih saya tanpa dimaklumkan dan tanpa meminta persetujuan daripada saya terlebih dahulu. Saya mendapat berita nama saya dinaikkan di dalam Majlis Syura Ulama selepas diluluskan oleh mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Saya difahamkan, di dalam mesyuarat PAS pusat sendiri, Presiden menolak nama saya dengan alasan menantu dan Ketua Pemuda menyatakan bahawa nama saya dipilih hasil mesyuarat harian Dewan Pemuda yang diberikan mandat oleh Mesyuarat Dewan Pemuda, bukan kerana menantu. Perlantikan ini kerana kelayakan, bukan kerana menantu Presiden. Kelayakan saya ialah MA daripada Cairo University dalam bidang Syariah, di mana hanya terdapat dua tiga orang sahaja orang Malaysia yang mampu habiskan MA di University tersebut dalam tempoh 10 tahun. Yang nak masuk beratus-ratus, yang layak hanya berpuluh-puluh, tapi yang lulus hanya 2 orang sahaja dalam tempoh tersebut.

Begitu juga penglibatan saya di dalam Majlis Syura Ulama sebelum ini adalah perlantikan daripada Dr. Harun Din, yang sebenarnya beliau tidak tahu bahawa saya adalah menantu Presiden melainkan hanya selepas setengah tahun saya bekerja di bawah beliau, iaitu sebagai Pegawai Penyelidik Majlis Syura Ulama. Ini PAS, bukan UMNO. Harap ******** jangan melihat PAS dari kaca mata UMNO bahawa orang PAS semuanya mahu jawatan dan berebut jawatan. Jangan anggap jawatan dalam PAS kalau naik secara tak bertanding, maknanya ditolak oleh orang PAS. Itu pemikiran UMNO kerana di dalam PAS terlalu banyak jawatan yang ‘merugikan’ masa dan wang yang tidak dipertandingkan seperti jawatan AJK ulamat Pelapis yang saya telah memegangnya sejak lebih daripada 3 tahun.

3. Kod Etika Pakatan Rakyat: Saya menafikan sekeras-kerasnya apa yang difitnahkan oleh ******** bahawa saya mahu mengadakan “Kod Etika Pakatan Rakyat” bagi semua ahli-ahli PAS dan mencari jalan untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Apa yang saya hairan, berita tidak berasas seperti ini dibesar-besarkan, sedangkan apa yang berlaku di dalam diskusi penting seperti baru-baru ini lansung tidak disentuh oleh ******** secara fakta dan realiti, sedangkan program seperti ini lebih menjurus kepada melemahkan sokongan orang ramai terhadap PAS kerana ianya mengandungi tuduhan yang tidak berasas yang secara pastinya boleh menjadikan peserta diskusi yang baru berjinak dengan PAS lari meninggalkan PAS. Medium pembentangan seperti itu, sepatutnya dibuat secara dalaman, tegur direct kepada tuan, bukan diceritakan kepada mereka-mereka yang baru nak kenal PAS. Kerosakan kepada PAS ini, bermakna juga kerosakan kepada Pakatan Rakyat. Kenapa ******** tak sebut lansung perkara ini? Adakah orang yang menghubungi ******** di ‘seberang Laut’ sengaja tak report kepada ********?

******** pula copy paste artikel daripada blog lain bahawa Dr. Mujahid rasa tidak puas hati bahawa ulama pelapis tidak menjemput beliau dalam Muzakarah Ulama Pelapis. Sedarkah ******** bahawa Dr. Mujahid menulis tentang ulama juga tidak menjemput satupun orang PAS yang diceritakan di dalam buku tersebut? Sedarkah ******** bahawa saya dihadirkan oleh penganjur di dalam Diskusi tersebut sebagai mewakili Ulama Pelapis menyatakan hujah dan alasan muzakarah ulama pelapis yang menolak buku tersebut? Maknanya, saya mengemukakan komentar hasil perbincangan muzakarah ulama pelapis di hadapan penulis sendiri. Apa komentar balas penulis terhadap komen ulama pelapis? Kenapa ******** tak war-warkan? Saya telah nyatakan kepada penulis bahawa ulama pelapis merancang untuk mengadakan siri muzakarah tertutup yang mempunyai waktu yang lebih mencukupi bagi membincangkan kerelevanan cadangan beliau di dalam buku Menuju PAS Baru?  Sepatutnya, isi ini yang dicoretkan oleh  ********, bukan cerita bukan-bukan seperti “Kod Etika Pakatan Rakyat”.

4. Berkenaan dakwaan ******** bahawa saya pengacau: Saya kurang faham apa dan kenapa perkara ini ditimbulkan? Adakah dengan sebab saya memberikan komentar di dalam diskusi buku Menuju PAS Baru? Maka saya dianggap sebagai pengacau. Saya telah membahaskan secara ilmiah kesasaran buku tersebut di dalam diskusi tersebut, bukan secara sentimen dan semberono. Saya memberikan komentar pun atas jemputan sebagai pengulas, bukan pakai redah dalam majlis tak tentu hala. Adakah ******** rasa saya pengacau atas sebab ******** sokong buku tersebut, kemudian saya mempertikaikan buku tersebut? Saya dah kemukakan hujah satu demi satu dalam program diskusi tersebut. Kalau rasa tak puas hati, nanti saya upload rakaman diskusi tersebut dan umum boleh nilai saya punya hujah dan fakta. Kalau saya dah kemukakan fakta dan hujah terhadap kepincangan buku tersebut, sepatutnya hujah dijawab dengan hujah, bukan hujah dijawab dengan fitnah sebagai ‘pengacau’. Kalau ******** menyokong buku tersebut dan tidak mempunyai hujah yang konkrit untuk menyanggah saya, kemudian ambil jalan fitnah, maka perangai ini sama macam perangai orang musyrikin Mekah yang kalah hujah dengan nabi, akhirnya mereka fitnah nabi dengan ‘pemecah belah masyarakat’. Bukan saya bermaksud saya macam nabi, tapi saya maksudkan ******** jangan jadi macam orang Musyrikin Mekah. Itu sahaja.

Advertisements

Posted 11/01/2011 by elbalighah in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: