1 comment

ARTIKEL KE 3 USTAZ WAN  JI BUKTI PEMBOHONGAN: DI MANAKAH BUKTI 4 TUDUHAN LAIN?

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan, nabi Muhammad SAW. Pertamanya, saya beristighfar dan meminta ampun kepada Allah, jika saya tersilap cara menangani pertuduhan ini. Saya meminta kemaafan kepada sesiapa yang terpaksa dilibatkan dalam kes ini khususnya mereka-mereka yang sanggup membantu dengan bersedia menjadi saksi jika debat berlaku. Saya juga mendahulukan ucapan terima kasih kepada mereka.

Setelah membaca artikel Ustaz Wan Ji yang ketiga, saya terasa lebih lucu apabila mengaitkan 2010 dengan Doraemon. Tersilap taip 1 jadi 0, diulas panjang pula wal hal banyak kali saya sebut dalam artikel lepas hatta paling bawah sekali ialah 2011, bukan 2010. Kejahilan beliau tentang maksud Play self lebih utama kalau saya nak ulas panjang kerana maknanya yang ‘menggerunkan’. Tapi nak ulas panjang benda teknikal macam ni, nampak sangat tak gentleman dan tak ada modal terhadap topik asal, iaitu 4 tuduhan Ustaz Wan Ji. Saya peringkat awal, terfikir juga, kenapa ustaz Wan Ji kaitkan tersilap taip 2010 dengan isu kartun Doraemon. Saya tanya kawan saya dan kawan saya tanya anak dia apa itu Doraemon? Akhirnya baru saya faham. Teringatkan ustaz Wan Ji kata: lambat jawab sebab tak ada maklumat (walhal saya sibuk), ini membayangkan betapa fahamnya ustaz Wan Ji cerita Doraemon sehingga spontan dia boleh kaitkan Doraemon dengan silap taip 2010. Oleh kerana saya bukan Ustaz Doraemon, maka saya terpaksa tanya kawan dan kerana kawan saya juga bukan orang Doraemon, maka dia terpaksa tanya anak dia peminat Doraemon. Akhirnya baru saya faham. Susahnya! Tapi ustaz Doraemon (faham Doraemon) spontan je boleh kaitkan 2010 dengan Doraemon. :D. Lihat ayat Ustaz Wan Ji yang menunjukkan cepat jawab tanda ada maklumat: “jika ia benar-benar ada dalam maklumat dalam ustaz Zaharuddin, sudah pasti agak mudah dijawab”. Ustaz Wan Ji respond tentang silap taip 2010: “Ustaz Zaharuddin ajak debat pada febuari 2010. Mungkin Doremon akan membantu kita dengan menggunakan “mesin cahaya masa” untuk ke tarikh tersebut”. Hadam betul Ustaz Wan Ji kisah Doraemon.

ARTIKEL KE 3 BUKTI PENIPUAN BERLAKU DALAM ARTIKEL PERTAMA: Berbalik kepada topik asal, setelah saya teliti artikel ketiga beliau bukan sahaja masih tidak menjawab 4 tuduhan berat beliau, bahkan tulisan ketiga beliau sendiri seolah-olah mengiyakan bahawa beliau berbohong dalam tulisan beliau pertama. Perhatikan dalam artikel pertama beliau yang seolah-olah menunjukkan pihak surau lansung tidak memaklumkan kepada beliau tentang forum:

“Jika diikut kebiasaan pun, sebarang program forum yang dianjurkan, hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu. Dinyatakan tajuk forum, dan bersama dengan siapa akan berforum. Tetapi, kejadian ini amat memelikkan. Tanpa dimaklumkan tentang majlis forum, tajuk forum dan dengan siapa aku akan berforum, tiba-tiba berlaku majlis forum tersebut.”

Nistaan Ustaz Wan Ji terhadap surau ini dijadikan asas untuk menuduh saya perangkap beliau. Ustaz Wan Ji kata: “Aku akur sahaja. Aku merasakan ada pakatan dalam mengadakan program pada malam itu. Dari sudut hati kecilku menjangkakan, pasti akan ada perkara yang tidak diingini berlaku selepas ini, ekoran program forum pada malam itu.”

Dalam artikel ketiga, beliau mengiyakan pula bahawa pihak surau memaklumkan berlakunya forum. Perhatikan ayat dalam artikel ke 3:

“Malahan, tiga atau empat hari sebelum hari forum terbabit, saya telah dihantar SmS oleh kawan Ustaz Zaharuddin yang merupakan orang yang memaklumkan forum pada malam itu tentang cadangan tajuk tentang debat antara saya dengan Ustaz Fathul Bari.”

Mana satu yang betul mana satu bohong ni? Dalam artikel pertama kata tak dimaklumkan, dalam artikel ketiga kata “merupakan orang yang memaklumkan forum”. Bagaimana pula Ustaz Wan Ji nak berdalih dan takwil ayat tu selepas ini?

MANA BUKTI TERHADAP 4 TUDUHAN JAHAT? Sampai hari ini Ustaz Wan Ji masih belum memberikan penjelasan konkrit terhadap tuduhan-tuduhan palsu yang dibuat di dalam blognya. Yang Ustaz Wan Ji balas ialah cerita demi cerita walhal yang saya nak ialah bukti, bukan cerita demi cerita yang menambah tuduhan baru terhadap pelbagai orang termasuk kepimpinan PAS. Macamana nak tambah lagi cerita dan pertuduhan baru sedangkan beliau lansung tidak dapat mengemukakan hujah konkrit terhadap tuduhan-tuduhan jahat terhadap saya yang dicoretkan di dalam artikel pertama, iaitu:

  1. Beliau membuat tuduhan bahawa saya punca beliau dituduh SB.
  2. Isu Azlan kononnya diperangkap.
  3. Forum Hijrah di surau Al-Azhar adalah perangkap.
  4. Tuduhan saya menggunakan blog hantu.

Saya rasa tak perlu layan panjang cerita-cerita tidak berfakta Ustaz Wan Ji, kerana sesiapa yang membaca ketiga-tiga artikel beliau, jelas dapat menilai dan dapat kenal siapa sebenarnya ustaz Wan Ji dalam membuat pertuduhan:

Artikel pertama: (http://g-82.blogspot.com/2010/12/apa-yang-tak-kena-pada-zaharuddin.html)

Artikel kedua: (http://g-82.blogspot.com/2011/01/penjelasan-dan-nasihat-kepada-ustaz.html)

Artikel ketiga: (http://g-82.blogspot.com/2011/01/saya-telah-dipecat-pada-awal-januari.html)

KENAPA USTAZ WAN JI DIPECAT? Saya nampak ustaz Wan Ji masih bingung kenapa beliau dipecat.  Saya tak nak cerita panjang-panjang, buang masa, mengelirukan pembaca dan memberi peluang kepada musuh mengeruhkan keadaan dan lagi satu, memburukkan Ustaz Wan Ji sendiri. Yang saya nak ialah bukti seperti saksi yang berdepan. Bukan cerita demi cerita, tuduhan demi tuduhan, pusing-pusing cerita lagi dan tambah cerita lagi kerana sesiapa sahaja boleh mereka cipta cerita-cerita, menuduh dan mendakwa. Saya boleh kata, 100 orang telefon saya, pemimpin tertinggi beritahu saya. Tapi mana buktinya? Kalau setakat bercerita, menuduh tanpa bukti atau saksi, sesiapapun boleh lakukan dan ianya nescaya akan jadi huru hara. Sabda nabi SAW:

لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لَادَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ وَأَمْوَالَهُمْ

Maksudnya: kalau diberikan hak mendakwa (tanpa saksi dan bukti), nescaya orang ramai akan mendakwa (dia mempunyai hak tuntutan) darah dan (hak tuntutan) harta. – (Hadis Riwayat Muslim)

Oleh itu, dalam melibatkan dakwaan, Islam meletakkan kaedah sebagaimana hadis:

البينة على من ادعى واليمين على من انكر

Maksudnya: bukti mesti dikemukakan oleh pendakwa, dan sumpah mesti dilafazkan oleh tertuduh yang menafikan tuduhan (sebagai bukti dia tidak bersalah selepas bukti diberikan oleh penuduh). – (Hadis riwayat Al-Baihaqi).

Jadi, ana malas nak panjangkan atau tambah cerita kerana ia boleh mengelirukan pembaca dan buang masa nak jatuhkan UMNO-APCO. Yang saya tuntut ialah hak saya iaitu bukti terhadap nistaan beliau tentang 4 perkara di atas, bukan cerita demi cerita demi cerita dan cerita lagi dan lagi dan lagi. Selesaikan cerita pertama dulu (iaitu 4 tuduhan di atas), bawa dalil, bukti dan saksi pada 1 February 2011 ini.

Saya dah minta tolong mereka-mereka yang terlibat seperti Abang Abrar, Haji Ali Taman Hussein Onn dan lain-lain datang ke majlis Debat/Muzakarah, biar mereka cerita sendiri apakah sebab sebenar Ustaz Wan Ji dipecat atau kenapa beliau tidak lagi disukai oleh Jemaah surau. Al-hamdulillah, setakat ini mereka bersedia. Kalau ustaz Wan Ji tak percaya, telefon dan tanya sendiri diorang sekarang. Saya bukan hanya bercerita, saya akan buktikan dengan mengemukakan saksi-saksi pada 1 February nanti. Kalau tak ada bukti dan saksi lebih baik senyap kerana terus bercerita dan bercerita hal-hal keburukan tanpa saksi dan bukti, ia disifatkan bohong oleh nabi saw sebagaimana sabdanya yang bermaksud: cukuplah seseorang melakukan pendustaan (paling minimum) dengan menceritakan semua perkara yang didengari (tanpa diperiksa).

Termasuk yang akan datang sebagai saksi ialah  beberapa orang yang diburukkan dalam blog Ustaz Wan Ji berkaitan isu ini seperti Ustaz Ridhuan, Ustaz Nasir dan lain-lain yang terlibat. Saya dah telefon dan confirmkan kehadhiran diorang.  Saya harap ustaz Wan Ji ajak sekali seperti Azlan dan lain-lain saksi ustaz Wan Ji malam debat tu, I’allah, saya juga akan pasang balik rakaman bagi membuktikan siapa sebenarnya perawi Ustaz Wan Ji. Ustaz Wan Ji boleh ajak orang yang ustaz Wan Ji sebut ‘pemimpin PAS Kawasan’ dan lain-lain. Yang saya nak ialah bukti, bukan cerita demi cerita. Jadi, Ustaz Wan Ji bawa semua mereka di surau Al-Azhar pada 1 February 2011 nanti atau mana-mana tempat nak debat. Ana nak tanya diorang betulkah dia cerita macam tu kat Ustaz Wan Ji dan kalau betul mana dia ambil berita-berita yang diceritakan itu.

Sekali lagi saya ulang, apa yang saya mahukan daripada debat itu ialah hak saya selepas difitnah oleh ustaz Wan Ji dalam artikel beliau pertama. Hak orang yang dituduh dan difitnah ialah meminta bukti, bukan cerita demi cerita kerana ia bukan bukti. Tanggungjawab orang  yang menuduh ialah mengemukakan bukti. Sebab itu, saya menuntut hak saya daripada Ustaz Wan Ji iaitu bukti dan saksi-saksi dan saya sanggup mengemukakan saksi-saksi dan bukti-bukti untuk menafikan tuduhan tersebut.

Walau apapun istilah, yang pasti saya mahu hak saya melalui debat/muzakarah tersebut, iaitu bukti daripada Ustaz Wan Ji terhadap 4 dakwaan dan tuduhan berat di atas.

Saya masih menunggu Ustaz Wan Ji pada 1 February  2011 di surau Al-Azhar.

 

Azharudin Mat Said.

https://elhujjatulbalighah.wordpress.com/

* Insya Allah, saya akan sambung artikel ini berkenaan Isu Zonn yang diistinbat daripada ayat 12 surah Al-Hujurat  dan juga hadis Hasan Lighairih.

Advertisements

Posted 20/01/2011 by elbalighah in Uncategorized

One response to “

Subscribe to comments with RSS.

  1. satu tindakan yang baik ust. selagi ust tidak memjelaskan apa yang berlaku di surau, pasti doraemon dan sekutunya fakap akan terus mengfitnah ustaz dan tok guru presiden. mereka akan kembali menyerang selepas ini ust. dan yang pasti mereka akan menyerang lebih jahat dan penuh dengan fitnah yang tak akan bertepi. disamping mereka ada orang dalam pas yang bersama sama mereka untuk menabur racun dalam jemaah islam pas. ust berhujah pakai siku je. bagi senak sikit kat hulu hati cepat sikit mati. salam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: